KUALA LUMPUR : Nama pemenang tempat kedua Gegar Vaganza (GV) Musim keempat, Liza Hanim menjadi pilihan utama peminat bagi mengisi lima tempat untuk persiapan All Stars Gegar Vaganza bermula 24 September ini.
Pemilik power vokal itu, antara 23 calon dalam undian bagi mencabar 10 peserta GV musim ke-10 yang terdiri daripada juara setiap musim rancangan realiti itu.
“Saya serah kepada rezeki dan kalau diberi peluang pasti saya mahu bersama-sama dalam edisi khas ini.
“Terima kasih buat semua yang menyokong dan mengundi saya sangat terharu dengan sokongan luar biasa daripada semua terutama peminat tersayang,” katanya.
Pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu ditemui usai persembahan Gegar Vaganza Jamming With The Stars di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagi Liza, dia sendiri tidak menyangka mendapat sokongan peminat dan akan berusaha memberikan yang terbaik jika terpilih.
“Persaingan yang bukan biasa-biasa kerana mereka semua juara antara juara apapun saya mahu enjoy dan ada rezeki bring it on,” katanya tertawa.
Sementara itu Diva Ziana Zain yang hadir pada persembahan berkenaan mengiktiraf Liza ialah sebutir berlian industri seni.
“Dalam Malaysia kita ada ramai penyanyi yang sedap suaranya, Liza Hanim merupakan seorang dari berlian itu.
“Saya kategorikan Liza mempunyai kredibiliti suara yang sweet, soothing dan menyenangkan,” katanya.
Noryn Aziz yang membuat persembahan pada malam sama, turut menamakan Liza antara lima peserta pilihannya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan