April 13, 2024

Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu 

KUALA LUMPUR : Selepas filem tinggi estetika Geran yang diterbitkan pada 2019, Layar Pictures sekali lagi muncul dengan naskhah istimewa berjudul Walid

Pengarah filem berkenaan, Areel berkata filem itu mengangkat tentang isu penculikan kanak-kanak, Walid merupakan sebuah filem aksi yang sarat dengan elemen seni mempertahankan diri iaitu silat.

“Untuk filem terbaharu ini, saya masih lagi mengangkat seni silat sebagai elemen aksi kerana secara peribadi saya memang meminati ilmu seni mempertahankan diri ini.

“Pada saya filem adalah salah satu medium untuk mempromosikan tentang sesuatu perkara dan sebab itu saya jadikan filem Walid ini sebagai medium menarik lebih ramai terutama sekali anak-anak muda mempelajari silat,” ujarnya.

Areel berkata, Walid bukan sekadar sebuah filem aksi semata-mata, malah turut mengangkat isu kemanusiaan dan kenegaraan dengan menerapkan silat yang merupakan warisan budaya
sebagai ‘ramuan’ utama.

Menariknya, filem tersebut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperH Megat Sharizal, Namron, Fad Annuar, Fieyna Tajudin, Puteri Qaseh, Shamputra, Yusran Hasim dan ramai lagi.

Lebih menarik, Areel menjelaskan barisan
pelakon rata-ratanya mempunyai asas dalam seni mempertahankan diri.

“Untuk filem Walid, saya memang memilih pelakon yang ada ilmu silat kerana ia bergantung kepada keperluan skrip memandangkan ia adalah sebuah filem aksi.

“Boleh dikatakan 99 peratus pelakon yang terlibat dalam aksi pertarungan adalah pesilat sebenar dan itu yang menjadi kelebihan kepada filem Walid untuk menarik minat penonton,” ujarnya.

Pada masa sama, Areel juga berharap agar penonton dapat menerima karya baharunya itu, sama seperti filem arahannya sebelum ini.

“Walid ini juga sudah ditayangkan di negara seperti Amerika Syarikat dan menunjukkan seni mempertahankan diri silat ini mampu menarik perhatian pihak luar,” jelasnya.

Diterbitkan oleh Layar Pictures Sdn. Bhd. Walid sudah ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 14 September 2023.

Pada masa sama, Walid juga telah ditayangkan Amerika Syarikat iaitu Cine Village, New York (28 Julai – 3 Ogos 2023) serta Leammle Glendale, Los Angeles (11 Ogos – 17 Ogos 2023. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts