KUALA LUMPUR: Kesemua juri sebulat suara memilih Jaclyn Victor sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) kerana berpendapat hanya dia yang memberikan persembahan terbaik.
Ketua juri Datuk Ramli MS berkata, ia juga terbukti melalui markah yang diberikan secara individu oleh kesemua juri.
“Dari segi markah pun dia berada jauh di depan dan saya nampak juri lain juga beri dia markah tinggi.
“Jaclyn yang paling perform berbanding peserta lain,” katanya pada sidang media selepas Final ASGV malam tadi.
Bagi seorang lagi juri Datuk Syafinaz Selamat, Jaclyn yang membawakan lagu When You Believe, menyanyi dengan ikhlas.
Malah katanya, Jaclyn juga tidak berlebihan dalam persembahannya berbanding peserta lain.
“Jaclyn tidak over do. Dia hanya bersaing dengan dirinya dan menyanyi dengan ikhlas,” katanya.
Jaclyn ketika ditemui melahirkan rasa syukur dengan kemenangan itu dan mahu memberikan semua hadiah kemenangannya kepada dua orang anaknya.
“Pada saya semua ini rezeki dan saya bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan. Memang saya hanya berdoa.
“Saya percaya semua rakan-rakan juga sudah memberikan yang terbaik malam ini,” katanya.
Mengenai pertikaian antara peminat dan netizen mengenai kejuaraannya, Jac berkata, dia hanya menyanyi dan pilihan di tangan juri.
“Macam saya katakan semua ini rezeki. Liza Hanim juga bagus begitu juga peserta lain.
“Antara kami tidak timbul isu dan masing-masing ada kelebihan tersendiri,” katanya.
Jaclyn juga juara Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan. – GayahIsTyping
You may also like
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Kempen ONEXOX Lucky Angpaw Huat Ah – 2.5 Juta Pelanggan Berpeluang Menang Hadiah RM8,888
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah