November 26, 2022

Pelukan Angkasa Juara AJL36

KUALA LUMPUR: Lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan FaLina Hishamudin nyanyian SOG bersama Shila Amzah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 36 sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi emas edisi baharu.

Naib juara AJL36 milik lagu Cinta nyanyian Marsha ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tidak kurang hebatnya, tempat ketiga lagu nyanyian dan ciptaan Haqiem Rusli serta lirik oleh Datuk A. Aida berkongsi wang kemenangan hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Keampuhan dan konsisten vokal Aina Abdul dalam edisi kali ini melalui lagu Sepi melayakkannya menyandang kategori vokal terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Membuat persembahan yang berjaya menarik perhatian peminat, penyanyi Marsha Milan yang mendendangkan lagu Cinta diumumkan persembahan terbaik serta membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 , trofi dan hadiah sampingan tajaan NOIR Beauty Essence berjumlah RM6,000.

Aina sekali lagi bersama Khai Bahar muncul pemenang Penyanyi Pilihan Popular hasil gandingan mereka menerusi lagu Nafas Cinta.

AJL36 dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda manakala acara karpet merah dikendalikan oleh Sissy Iman serta Sean Lje. Pembuka tirai disajikan persembahan yang bakal diingati ramai dibarisi oleh Datuk Jamal Abdillah , Mas Idayu dan Ayda Jebat.

Turut membuat persembahan kumpulan Wings menerusi medley lagu-lagu popular mereka termasuk Taman Rashidah Utama dan Hukum Karma.

Persembahan finalis AJL36 diadili barisan juri terdiri daripada Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), LY, Datuk Syafinaz Selamat, Dato’ Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts