PETALING JAYA : Rezeki memang takkan salah alamat. Begitulah juga ceritanya dengan Bell Ngasri yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH35.
Meskipun kereta tidak berada dalam pakej hadiah pemenang anugerah itu kali ini, Bell bakal dihadiahkan sebuah kereta oleh sebuah syarikat.
Kejutan itu dibuat seorang individu dikenali sebagai Encik Fendi selaku pemilik syarikat menjual kenderaan mahu menghadiahkan Bell sebuah kereta ketika bersiaran di stesen radio Hot FM.
Individu itu berkata dia berhasrat memberikan kereta sempena kemenangan Bell sebagai Bintang Paling Popular.
“Apabila KJ dah sebut, lagi membuak-buak rasa hati ini nak kongsi berita gembira ni dengan Bell.
“Dengan ini saya mewakili syarikat DTC Motor dan Prma Bisnes berbesar hati ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta,” katanya.
Sebelum ini, KJ berseloroh mengatakan pelawak itu kononnya ‘marah’ kerana tidak menerima hadiah kereta daripada pihak penganjur ABPBH 35 sehingga campak trofi tersebut.
Jumaat lalu, Bell mencipta kejutan apabila bukan saja memenangi Artis Komedi Popular tetapi dinobat Bintang Paling Popular menewaskan pesaing hebat lain. – GayahIsTyping
You may also like
-
Gah 16 Tahun Di Pantai Timur – Maamy Mineral Essence Perluas Empayar Ke Lembah Klang
-
Perisma Hargai Sokongan Selebriti – Fokus Usaha Jaga Kebajikan
-
Sufian Suhaimi Sah Bernikah – Bergelar Suami Kepada Rania AL Sadat
-
Bukan Larian Biasa – Muadzam Lebarun 2025 Langkah Ceria Kilometer Raya
-
Filem Balas Balik – Cuba Ikat, Pegang Orang Awal Sampai Habis