February 9, 2025

Ernie Zakri Nafi Tolak Nyanyi Lagu Astana

KUALA LUMPUR : Penyanyi asal lagu Astana, Ernie Zakri menafikan dia menolak untuk menyanyikan lagu berkenaan pada persaingan separuh akhir Muzik-Muzik 38 bermula Jumaat ini. 

“Saya adalah penyanyi asal dan komposer lagu ini. Sudah tentu saya nak menyanyikan lagu ini. Malah, tidak pernah cakap saya tak nak nyanyi atau tarik diri.”

“Namun, disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak RIM dan MPB, ia menjadi penghalang untuk saya mempersembahkan lagu ini,” katanya.

Ernie ialah penyanyi asal serta penulis lagu Astana bersama dengan Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman yang tercalon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.

Penyangi lagu Emas, Nadeera diumumkan sebagai pengganti Ernie untuk membawakan lagu berkenaan.

Lantaran itu, bertebaran di media sosial netizen mempertikaikan tindakan itu dan mahu Ernie sendiri menyampaikan lagu berkenaan dengan kempen tanda pagar #justiceforerniezakri. 

 

Sementara itu, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.

Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts