April 14, 2024

Hausboom Bawa 35 Artis Dalam Konsert Dua Malam

KUALA LUMPUR : Konsert Hausboom Music 2023 bakal dibarisi 35 penghibur daripada pelbagai genre dengan satu misi iaitu untuk memberi hiburan maksimum dan berkualiti kepada pengunjung pada 9 dan 10 September depan.

Barisan penghibur yang bakal menggegarkan pentas konsert Hausboom Music 2023 adalah legenda seperti kumpulan Search, Ratu Rock Ella, Maestro Datuk M. Nasir diikuti The President Joe Flizzow, Hujan, Exists, Spider, Bunkface dan SonaOne.

Nama-nama seperti SOG, Masdo, Alif Satar & The Locos, Dolla, Baby Shima, Iamneeta, Toko Kilat, 53 STU, Salam Muzik, Budak Nakal Hujung Simpang, Iqbal M, Insomniacks, Midnight Fusic, Gerhana Ska Cinta dan Grey Sky Morning pula terus menambah hype konsert ini.

Selain itu, pemuzik dari Indonesia, Hyndia akan menjadi wakil dari republik tersebut manakala Alyph & Akeem Jahat, dua nama kelahiran Singapura yang tidak asing dalam genre hip hop bakal beraksi juga di konsert Hausboom Music 2023.

Tidak dilupakan ikut serta dalam konsert Hausboom Music ini adalah Naratu, No Good, Orkes Hizaidin, Chronicalz, Shila Amzah, Forceparkbois, Luqman Podolski dan GARD WUZGUT akan menarik penonton tersendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom Azri Zahier Azmi juga dikenali sebagai John Lemon mengakui teruja dengan penganjuran kali ini

“Kami di Hausboom berbangga dan bersyukur kerana konsert Hausboom Music yang diperkenalkan buat pertama kali pada 2018 kini memasuki siri yang ketiga untuk tahun ini,” katanya.

Penganjuran konsert kali ketiga ini merupakan kolaborasi bersama AFFIN dan konsert Hausboom Music 2023 ini juga bakal melakar sejarah sebagai konsert lokal terbesar yang pernah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC – Sepang International Circuit).

Tiket-tiket dengan harga RM199 (General), RM 359 (Rockzone) dan RM1200 (VVIP) sudah mula dijual sejak 25 Mei lalu. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts