KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan mendedahkan menghadapi masalah alopesia atau keguguran rambut kritikal sehingga membuatkan dirinya rasa rendah diri.
Dia yang juga mesra disapa Lizzy berkata masalah yang dihadapinya sejak 2018 itu berlaku akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.
“Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit.
“Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopesia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.
“Saya juga rasa down, masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepasa krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya.
Lizzy ditemui ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Tidak mendedahkan penyakit yang dialami sebelum ini, Lizzy yang popular dengan lagu Knock Knock, enggan meraih simpati orang ramai.
“Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan.
“Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami. Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini,” katanya.
Lizzy yang juga pelakon Mat Bond Malaya itu menambah dia juga terpaksa
menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukannya memotong rambut seperti lelaki.
“Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopesia kembali menyerang selepas saya memotong rambut,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu