PETALING JAYA: Bayangkan satu pentas gah dengan aura bintang serba boleh Rina Nose, Sule serta kumpulan lawak tempatan Zero dan Bocey dalam satu persembahan.
Ifix Studi dan Mesaton Ventures dengan berbesar hati mempersembahkan acara Konsert Muzika Lawak Nusantara yang akan menggabungkan pelawak dari Malaysia dan Indonesia di atas satu pentas.
Konsert ini yang akan menjadi konsert komedi pertama dianjurkan, dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos 2023 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.
Konsert selama tiga itu akan menyaksikan persembahan hebat dan mencuit hati daripada pelawak-pelawak kedua-dua negara.
Antaranya, pelawak Malaysia, kumpulan Zero yang menggabungkan trio adik beradik, Sharif, Atu dan Melati, Bocey yang menggabungkan Achey dan Fad serta pelawak dari Indonesia iaitu Rina Nose, Sule dan Aziz Gagap.
Konsert itu bakal diacarakan oleh Datuk AC Mizal.
Pengarah Mesaton Ventures, Azroy berkata, objektif utama penganjuran Konsert Muzika Lawak Nusantara adalah untuk memberi penghargaan kepada pelawak di samping mengukuhkan lagi industri komedi antara kedua-dua negara.
“Objektif utamanya adalah untuk menghargai pelawak-pelawak dari Malaysia dan Indonesia di mana, pelawak menjadi pemain industri yang dilihat hanya mengisi slot-slot kecil di kaca TV.
“Tujuan utama penganjuran Konsert Muzika Lawak Nusantara adalah bagi mengetengahkan gabungan pelawak ini, sekaligus ingin menjadikan acara ini sebagai satu fenomena untuk industri komedi di antara kedua-dua negara.
“Secara tidak langsung, gabungan ini juga akan menyatu serta mengukuhkan lagu ikatan antara kedua-dua negara,” katanya.
Pengarah acara, Khairul Afizi menambah, pemilihan pelawak-pelawak yang akan terbabit dalam acara ini adalah berdasarkan prestasi mereka di arena masing-masing.
“Pemilihan artis dan pelawak-pelawak ini dibuat selepas melalui sesi perbincangan dan pemilihan.
“Tiga nama besar pelawak Indonesia dipilih memandangkan mereka mempunyai peminat mereka sendiri di Malaysia.
“Pemilihan Bocey dan Zero adalah kerana prestasi mereka yang pernah menjuarai program TV dan ini juga menjadi gabungan semula mereka di pentas yang berskala mega. Secara tidak langsung, ini menampakkan konsep nusantara yang ingin diketengahkan,” katanya.
Pihak IFix mengumumkan pemberian Iphone secara percuma untuk peminat yang bertuah apabila hadir menonton Konsert Muzika Lawak Nusantara nanti.
Harga tiket bermula dari RM368 (VVIP), RM328 (VIP), RM188 (Red Zone), RM188 (Yellow Zone), RM188 (Purple Zone) dan RM128 (Blue Zone). – GayahIsTyping
[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan