KUALA LUMPUR: Pengeluar sirap pelbagai perisa tempatan, Bariistar bakal meluaskan pasarannya kr peringkat antarabangsa selepas enam bulan dilancarkan.
Pengasas Bariistar, Dr Shahir Suhaimi, 35, berkata, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan beberapa buah syarikat dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam.
“Kerjasama yang dijalinkan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan ekonomi terutama bagi perniagaan berskala sederhana.
“Selaku jenama pengeluar pati sirap, saya mensasarkan untuk menjadi pengeluar pertama bumiputera dengan memfokuskan rasa tempatan seperti onde-onde, durian, tembikai, kelapa, nenas, ros dan berbagai-bagai lagi.
“Bariistar berkembang dengan bantuan MARA yang diberi dalam bentuk geran, pembiayaan dan bantuan kilang bagi melancarkan lagi perniagaan ini.
“Jadi sudah sampai masanya, untuk lebih berkembang maju, saya perlu pandang ke hadapan dengan mengangkat jenama ini ke seluruh Asia, apatah lagi budaya meminum kopi lebih tinggi terutama di Indonesia dan Vietnam,” katanya.
Tambahnya, Bariistar meletakkan saran RM5 juta sasaran jualan pada tahun depan sementelah melihat trend peningkatan permintaan di seluruh negara.
“Bariistar diedarkan ke kafe kopi dan kedai-kedai bahan makanan dengan harga berpatutan.
“Ia disediakan dalam botol bersaiz besar dan menjimatkan, sesuai untuk usahawan yang menjual kopi.
“Tidak ketinggalan, Bariistar juga terdapat dalam botol kecil untuk kegunaan persendirian di rumah,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi berkata, program tersebut adalah platform bagi menarik lebih ramai usahawan bumiputera, terutamanya belia untuk menceburi perniagaan yang mempunyai ramai peminat. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan
-
Yayasan Prihatin Salur RM1.5 Juta Sumbangan – Siri 25 Jelajah Ramadan Seluruh Negara
-
Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin Dan Cuckoo Anjur Majlis Silaturahim – Ceriakan Sambutan Syawal Mereka Yang Memerlukan