Penyanyi Indonesia Datuk Seri Rossa melahirkan rasa kagum terhadap kesungguhan solidariti rakyat Malaysia yang prihatin terhadap Palestin.
Penyanyi lagu Perawan Cinta itu berkata suasana gerakan itu dirasakan di negara ini termasuk berkaitan gerakan Blockout 2024.
“Saya merasakan impak blockout itu hanya di Malaysia.
“Di Indonesia ada sebahagian masyarakat yang mempunyai pemikiran masing-masing,” katanya.
Rossa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Divas & Diamonds 2024 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, Rossa memberitahu biarpun gerakan boikot tidak terlalu kuat di Indonesia kerana jumlah rakyat yang lebih ramai namun mereka tidak terlepas dalam menunjukkan solidariti terhadap saudara Islam di Palestin.
“Namun itu tidak bermakna mereka tidak menyokong saudara Islam di Palestin. Mereka juga mempunyai sikap solidariti yang tinggi.
“Setiap hari minggu di Indonesia selalu ada perhimpunan untuk memperjuangkan nasib rakyat di Palestin,” katanya.
Rossa bagaimanapun memaklumkan dia tidak mempromosikan jenama produk yang menunjukkan sokongan terhadap Zionis.
“Saya tidak lagi mempromosi barangan jenama pro Israel tetapi kalau untuk tujuan kerja dan selagi ia bukan hard sell, mungkin saya tidak kisah untuk terlibat dalam menghadiri acara mereka,” katanya.
Sebelum ini, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.
Gerakan itu dibuat sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti tanah air yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk ada kaitan dengan Israel di media sosial milik mereka. – GayahIsTyping
You may also like
-
Terima Kasih Suria FM – Buka Peluang Penyanyi Dikir Kelantan Ketengahkan Bakat
-
Abang Bomba Pendengar Setia Suria FM – Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire Tarik Peminat Brunei, Singapura
-
Teater Nilamsari – Angkat Perjuangan Seni Dan Persilatan
-
Baim Wong Bawa Anna Jobling Ke Indonesia – Terima Tiga Tawaran Selepas Lembayung
-
Misi Nekad Aina Abdul – Anjur Konsert Jelajah Dengan Dana Sendiri Selepas ‘Rejection’ Dan ‘False Hope’