December 11, 2023

Cik Piah Tahu Batasan

PETALING JAYA: Bagi penyampai Suria FM, Cik Piah tidak timbul isu dia berlebih-lebih dalam membuat persembahan di Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Kedah Ahad lalu.

Pemilik nama Feeya Iskandar itu berkata, dia sentiasa sedar status dirinya sebagai isteri dan ibu dalam setiap tindak tanduknya.

“Saya sentiasa minta izin suami dan saya sentiasa beringat. Bagi saya apa yang saya lakukan hanya untuk menghargai pengunjung dan menghiburkan. 

“Kalau tengok saya tidak bergelek sakan pun hanya menari sesuai dengan muzik lagu yang saya sampaikan,” katanya kepada GayahIsTyping.

Cik Piah berkata demikian ketika mengulas komen mengenai persembahannya menyampaikan lagu Goyang Inul pada siri jelajah di Kedah.

Pada masa sama, dia yang mengendalikan segmen Gaya Suria mangakui teruja ketika muncul di siri jelajah itu selepas tidak dapat menyertai jelajah di Johor Bahru sebelum ini kerana tidak sihat.

Bersama suami tercinta.

“Saya memang excited sungguh nak jumpa dengan pendengar Suria kerana bagi saya mereka ialah nadi kepada kami dan penyokong utama.

“Saya akan jumpa anda semua di Kuantan City Mall esok untuk siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection ketiga dan agak-agak lagu apa pula yang akan saya sampaikan,” katanya tertawa. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts