KUANTAN: Penyampai Suria FM Shuib memberitahu dia berniat untuk menikahi Watie pada pertengahan tahun ini selepas hubungan cinta mereka sering mencuri perhatian ramai.
Shuib yang juga pelawak berkata, semua urusan berhubung perkara itu masih dalam perancangan dan berjanji akan berkongsi apabila sampai masa yang sesuai.
“Saya berniat, niat ya dan rancang (menikah) pada pertengahan tahun ini.
“Insya-Allah saya akan kongsikan nanti,” katanya ketika ditemui GayahIsTyping pada siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di sini hari ini.
Shuib berkata dia juga selalu berbincang dengan Watie atau nama sebenarnya Watie Hanifiah agar bersedia berdepan dengan realiti dunia hiburan terutamanya apabila sentiasa menjadi perhatian netizen.
Dia berkata, bunga pujaan hatinya itu semakin faham dan mendengar kata meskipun ada kalanya hilang sabar apabila menjadi sasaran.
“Saya selalu beritahu dia supaya jangan ambil pusing dan baca komen. Kadang-kadang kesian juga sebab dia bukan selebriti,” katanya.
Shuib turut menambah, dia bersyukur kerana ibunya, Amy Salmi menerima kehadiran Watie dengan baik.
Malah, anak bongsunya Ayash Affan berusia setahun lebih juga serasi dengan Watie.
“Ayash hanya mahu tiga orang wanita sahaja iaitu Mama, orang gaji dan Watie.
“Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash sebab mama sedang mengerjakan umrah,” katanya.
Shuib sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah dan dikurniakan empat orang anak.
Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 dan selepas melahirkan Ayash. – GayahIsTyping
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu