April 20, 2024

Suria FM Bawa Konti Ke Tengah Samudera

PULAU PINANG: Stesen Suria FM mencatatkan sejarah tersendiri dan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) menjadi Stesen Radio Pertama Berisaran Di Atas Kapal Pelayaran Mewah Genting Dream. 

Memulakan misi itu hari ini menerusi segmen Morning Morning Suria yang dikendalikan oleh trio penyampai Ajak, Suraya dan Shuib.

Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata misi itu bukan sekadar sempena sambutan ulang tahun ke-15 tahun ini, malah meraikan kejayaan stesen itu melonjak ke tempat ketiga stesen radio paling popular di Malaysia.

“Alhamdulillah ini adalah pembukaan tahun 2023 yang sangat bermakna bagi kami dalam memastikan momentum stesen ini terus berada dekat di hati peminat. 

“Sebenarnya saya secara peribadi memang berhasrat untuk melakar sejarah dalam MBOR sejak menjawat jawatan pengurus besar pada 2018. Syukur akhirnya tahun ini tercapai berkat sokongan warga kerja kami.

DJ Lin bersama Pengerusi Star Media Group (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad, Datuk Dr. Aminuddin Mohd Rouse

“Lebih bermakna siaran ini bakal mendapat pengiktirafan MBOR. Saya melihat kerja keras kami berhasil dan ia menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya di masa akan datang,” katanya.

Pada siaran pagi itu team Morning Morning Suria membawa tema Suria FM Membelah Samudera.

Tiga artis jemputan turut bersama meraka adalah Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee.

Lebih istimewa kali ini Suria FM turut membawa lima pemenang bertuah yang peraduan Suria 15 Tahun yang dijalankan sepanjang November dan Disember 2022.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Resorts World Cruises. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts