PETALING JAYA : Shiha Zikir enggan ambil pusing dengan kata-kata negatif dan cakap orang terhadap kerjaya seninya.
Bagi penyanyi ini, apa yang penting ialah meneruskan segala perancangan untuk sentiasa maju dalam industri muzik dan kerjaya nyanyiannya.
“Saya tak peduli apa juga orang nak kata. Katalah apa saja, saya tetap positif dan bersemangat untuk berikan yang terbaik.
“Suka hatilah nak benci atau apa pun saya tidak kacau sesiapa,” katanya kepada Gayah.
Lebih 12 tahun bergelar anak seni, Nurshiha Mohd Zikir, 35, sudah melalui pelbagai hal dan menganggapnya alah bisa tegal biasa.
Shiha ditemui pada Konsert Revolusi 2022 Todak & Friends baru-baru ini.
“Saya pernah alamak penyakit misteri, anxiety dan murung. Malah pernah dimaki rakan artis sendiri.
“Saya lalui dengan tenang dan saya beruntung ada keluarga ada mak saya. Sebab tu bagi saya tak salah menangis untuk tenangkan diri,” katanya bermakna.
Pada konsert itu Shiha turut menyampaikan lagu baharunya berjudul Kalam menampilkan dia turut menyanyi rap menerusinya.
Akui Shiha, meskipun bukan perkara mudah dia sahut cabaran berkenaan kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu.
Kalam sebuah lagu adunan Melodi tradisional dan rap serta sebuah lagi lagu mencerminkan identiti Shiha.
Dia turut muncul dalam single terbaharu rakan baiknya Kay Khydir berjudul Ulang.


Sementara itu mengenai persembahan di Anugerah Juara Lagu akan datang menerusi lagu AEWO, Shiha berkata persiapan sudah dijalankan.
“Doakan yang terbaik dan Insya-Allah saya akan Noki akan lakukan sebaik mungkin. Terima kasih juga kepada Todak Muzik yang menyokong kuat saya,” katanya. – GayahIsTyping