SHAH ALAM: Konsert Gegar Vaganza 7 (GV7) diteruskan tanpa penonton selaras dengan ketegasan SOP oleh pihak Astro berhubung perintah PKPB yang berkuatkuasa hari ini.
Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pihak Astro mengambil keputusan untuk meneruskan GV7 seperti yang dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton dari lokasi sama PICC Putrajaya.
Dengan keputusan itu, penganjuran dua konsert mingguan yang kebetulan jatuh ketika tempoh PKPB sedang berlangsung iaitu konsert minggu kedua Ahad ini dan minggu ketiga pada 25 Oktober ini.
“Hanya kru produksi dan tenaga kerja yang berdaftar sahaja akan dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran,” katanya kepada Gayah.
14 peserta masih meneruskan perjuangan bersama dua juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim.
Pada konsert pembukaan minggu lalu, SOP Astro sudah mula diperketatkan apabila media misalnya perlu mengisi borang deklarasi kesihatan selain borang kehadiran.
Malah wakil media juga terhad tanpa jurufoto bagi mengawal bilangan kehadiran. Segala informasi dan bahan siaran media dibekalkan oleh Bahagian Komunikasi Astro.
Sesi sidang media selepas konsert seperti kelaziman juga dibatalkan ekoran catatan kes Covid-19 yang tinggi.
Noraniza Idris membuktikan dirinya masih berbisa dengan menduduki tempat pertama menerusi catatan markah 90.9 peratus.
Mus, Cliff Umar dan Yantzen antara bintang yang turut menyerlah pada konsert sulung GV7.
Gayah memang teruja pada musim kali ini. So, minggu ini kita tonton di rumah sambil baring-baring.
You may also like
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu
-
Bangsa? Saya Anak Malaysialah! – Daniel Cheang