KUALA LUMPUR: 31 Disember lalu, figura ikon wanita hebat ini menyambut hari lahir yang ke 47, dengan terus mekar menjadi kesayangan ramai terutama peminatnya.
Bagi DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, dia sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah yang sentiasa mamayungi dirinya sebagai ibu tunggal berkerjaya dalam membesarkan dua cahaya mata.
Sinonim dengan gelaran Doktor Cinta, penyampai radio popular dengan segmen Suria Cinta di Suria FM ini juga sering ditanya soal jodoh memandangkan sudah lama hidup solo sejak hampir dua dekad.
Bagi Pengurus Besar Suria FM ini, dia tidak pernah menutup pintu hati menerima kehadiran orang baharu sebagai pengganti meskipun pernah gagal dalam perkahwinan.
“Saya tak kisah soal jodoh. Hanya berserah kepada Allah jika dipertemukan kembali dengan seorang lelaki.
“Saya sentiasa ingat pesan arwah ibu, katanya kalau jodoh itu milik kita dalam keadaan macam mana sekalipun pasti akan datang,” katanya.
Walau bagaimanapun, akur bukan mudah baginya untuk bertemu dengan lelaki yang sesuai, lantara hal berkenaan bukanlah keutamaan dalam rutin hidupnya.
“Saya tiada masa nak kejar lelaki. Biarlah lelaki yang cari saya. Sebagai seorang wanita, martabatnya tinggi dan kenalah jaga. Jangan nampak murah.
“Tidak mudah untuk mencari seorang lelaki yang betul-betul memahami. Jangan mudah terima lelaki semata-mata mahu penuhi kekosongan hati,” ujarnya.
Apa yang lebih membahagiakan dirinya sekarang ialah diberikan rezeki membesarkan dua orang anak di samping kerjaya dalam industri radio yang sangat disayanginya.
“Jalani hidup dengan penuh syukur dan nikmatinya sahaja,” katanya dalam ukiran senyum penuh makna.
DJ Lin bercerai pada 2006 dan hasil perkahwinan sebelum ini dia dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurren Aresya, 22, dan Nazrin Asyran, 20. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia