October 11, 2024

VE Hargai Sokongan Lah Dan Zaf

SHAH ALAM: Kumpulan VE yang sedang bertanding di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) melahirkan rasa terharu dengan sokongan berterusan daripada dua bekas ahli kumpulan itu iaitu Lah Ahmad dan Zaf.

Bagi kesemua mereka kata-kata semangat yang sering diberikan memberikan satu motivasi amat bermakna untuk terus memberikan saingan dalam edisi GV9 yang sentiasa mencabar dari minggu ke minggu.

“Kami terharu dengan sokongan mereka termasuk kiriman kata-kata semangat dan idea yang diberikan setiap minggu dan ia menjadi satu faktor membuatkan kami terus berusha membawa nama VE.

“Bagi kami, penyertaan ini bukan untuk individu tetapi berkumpulan dan syukur semua yang dirancangan dipermudah dan menerima sambutan baik peminat dan juri,” katanya Cham.

Selain Cham, VE edisi terkini turut membariskan Adeep, Hakim dan Fakhiez.

Sementara itu, Adeep berkata mereka juga menerima semua kritikan yang diberikan kepada mereka dengan hati terbuka dan akan mencuba sebaik mungkin memperbaiki diri.

Baginya, perkara yang baik diambil sebagai panduan, manakala yang negatif dicampak jauh-jauh.

Fakhiez dan Hakim juga senada, di mana bagi mereka apa yang lebih utama ialah fokus dalam meneruskan perjuangan dalam GV9 yang menyaksikan saingan sengit antara peserta.

Hakim juga berkata lebih baik untuk tidak melayan hal-hal yang tidak mendatangkan faedah.

Foto: AZRUL RAFIE / Astro

“Kadang-kadang ada yang jenis dahagakan perhatian, jadi biarkanlah mereka,” katanya.

VE antara peserta yang sering mendapat pujian juri terutama Hetty Koes Endang kerana kemampuan mereka menyeimbangkan harmonis dalam nyanyian. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts