KUALA LUMPUR: Air mata mengiringi pelancaran single terbaharu penyanyi dan pemegaruh Kelly Azman yang terharu akhirnya berjaya menyiapkan single berjudul Dustakan Cinta sejak dua tahun lalu.
Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45, berkata lagu berkenaan mengisahkan seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan
keseorangan.
“Banyak kisah di sebalik lagu ini. Selain saya tidak nafikan ada berkait dengan kisah saya, sebenarnya lagu ini juga sepatutnya lirik oleh Allahyarham Rudy Imran, tapi arwah mahu saya tulis sendiri dan bekerjasama dengan dua bakat baharu.
“Lagu ini ada kisahnya tersendiri. Lazimnya, kita sebagai manusia biasa sering ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengira jantina. Jadi lagu ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan,” katanya.
Juri All Together Now Malaysia itu juga teruja kerana lagu kali ini ialah ciptaan komposer terkenal, Mohariz Yaakup dan lirik hasil karya dirinya sendiri bersama dua wartawan hiburan yang juga sahabat baiknya iaitu NJ dan KR.
Sementara itu, Kelly menegaskan dia bukanlah penyanyi bersuara lantang dan nada tinggi seperti penyanyi hebat lain sebaliknya lebih kepada penyanyi berkarakter.
Dia juga optimis untuk membawa lagu itu ke peringkat Anugerah Juara Lagu. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya