KUALA LUMPUR : Stesen radio Gegar terus membuktikan mereka pilihan nombor satu di Pantai Timur dengan 2.1 juta pendengar seminggu seperti keputusan ‘GfK Radio Audience Measurement (RAM) Wave 2, 2022 Survey’ yang diumumkan hari ini.
Pengurus Kandungan Gegar Raja Nadia Salwana berkata, seluruh pasukan stesen radio melahirkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian mereka serta sokongan berterusan pendengar.
“Alhamdulillah, GEGAR masih kekal menjadi pilihan #1 pendengar di pantai timur.
“Memang diakui line up kami baru, tapi kami percaya setiap bakat kami mempunyai kelebihan dan originaliti masing-masing.
“Selain content dan talent, Kami masih mengambil kira penyusunan lagu yang dapat menawan hati pendengar dan aktiviti on ground untuk mendekatkan stesen dengan pendengar,” katanya.
Gegar yang bersiaran di negeri Pantai Timur turut menjadi pilihan yang mendengarkan mereka di saluran digital.
Stesen itu terus menjadi pilihan walaupun muncul stesen pesaing yang menggunakan konsep serupa dengan Gegar.
Gegar dibarisi penyampai seperti Issey, Shah, Scha, Ewan, Rea dan Aswad. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad