KUALA LUMPUR : Pengalaman merakamkan single terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna mengingatkan bakat pelapis Vanessa Reynauld sedar banyak yang masih perlu dipelajarinya untuk bergelar penyanyi.
Meskipun diakui antara bakat baharu yang mempunyai kredibiliti vokal memukau, dia akur single ciptaan Faizal Tahir dan Mage menuntut menjadi penyanyi balada yang sempurna.
“Sebenarnya bila dengar nyanyian demo Faizal untuk lagu ini, nyanyiannya kedengaran begitu senang tetapi, apabila giliran saya untuk nyanyikannya, susah gila! Lagu ini ada turun naiknya dan sangat teknikal.
“Daripada suara dada kepada suara kepala, tiba-tiba tukar sana sini. Lagu ini sangat susah sebenarnya daripada segi pernafasan adalah paling penting. Saya turut berdepan kesukaran untuk menyuntik ‘feel’ terbaik kerana perlu titikberatkan teknik, perasaan, dan agak sulit mulanya.
“Selepas berlatih banyak kali, barulah saya dapat rentak itu. Akhirnya dapat juga kami rakamkannya sebagaimana yang kami mahukan. Secara peribadi, lagu ini agak asing untuk saya dan berbeza dengan lagu-lagu terdahulu saya atau lagu yang dibawakan dalam pertandingan, ” katanya.
Akui peserta The Masked Singer Malaysia musim pertama ini, Buat Ku Sempurna memang sangat berbeza dan dia bergelut untuk nyanyikan melodinya.
Vanessa tidak menafikan lagu itu paling susah pernah dinyanyikan setakat ini kerana menuntut permainan emosi yang mendalam.
Hakikatnya, dia jatuh cinta sebaik mendengar lagu itu dan bersetuju merakamkannya.
“Bila mendengarnya, saya memang nak sangat nyanyi lagu ini tanpa wujud sebutir keraguan. Lagu ini mengisahkan seseorang yang berada dalam sebuah perhubungan dan dia sudah melakukan kesilapan,” katanya.
Vanessa juga pernah menjadi juri All Together Now Malaysia (ATNM) serta pernah merakamkan single seperti Putus dan Rindu Separuh Nyawa duet bersama Naqiu.
‘Buat Ku Sempurna’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad