KUALA LUMPUR: Suria FM terus mencipta kenangan manis di bulan terakhir tahun 2022 apabila mencatat sejarah memenangi anugerah Media Pelancongan Kreatif Terbaik pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 yang berlangsung di The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur pada 16 Disember lalu.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, berkata dia berasa teruja dan pada masa yang sama meluahkan rasa syukur di atas pengiktirafan yang cukup bermakna buat Suria FM setelah 15 tahun bertapak di industri radio tanah air.
“Kami di Suria FM ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Santai Travel dan beberapa rakan kerjasama lain seperti Islamic Tourism Centre, Tourism Malaysia, MiTDA kerana memilih Suria FM sebagai pemenang bagi anugerah berprestij pada kali ini.
Pengiktirafan ini akan menjadi satu batu loncatan buat Suria FM untuk terus membantu dan mempelopori sektor pelancongan di Malaysia dengan menghasilkan lebih banyak kandungan video yang kreatif di samping mempromosikan industri pelancongan seperti makanan, perhotelan dan sebagainya di stesen radio kami,” katanya.
Disamping itu, telah menganjurkan #GrandstandSuria E-Sukan Piala Dunia 2022 bertempat di Cyberatorium, Menara Star baru-baru ini yang dihadiri lebih 100 orang tetamu. Program julung kali ini diadakan oleh Suria FM bersempena Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar juga dalam usaha melebarkan sayap digital Suria ke platform ‘gaming’ disamping menjadi inisiatif untuk mendekati pendengar setia Suria yang sentiasa menyokong Suria FM melalui saluran digital dan media sosial Suria Malaysia.
#GrandstandSuria E-Sukan Piala Dunia 2022 ini telah dimeriahkan lagi dengan perlawanan secara atas talian yang dibarisi oleh penyampai Suria FM iaitu Ajak, Shuib,Tyzo serta selebriti tanah air seperti Luqman Podolski, Akim Ahmad, Tomok, Jaa Suzuran, Eric Floor 88 dan ramai lagi!
“Jumlah tontonan live E-Sukan ini mencatat lebih 3,000 tontonan di seluruh platform media sosial Suria FM. Kami di Suria FM juga dalam perancangan untuk mengembangkan program E-sukan ini ke pelbagai cabang seperti permainan konsol yang lain dan tidak hanya tertumpu kepada bola sepak sahaja,” katanya.
Edisi julung kali ini telah dimenangi oleh Luqman Podolski yang mengalahkan Putu Ceri dari Kugiran Masdo melalui penentuan sepakan penalti. Tempat ketiga dimenangi oleh Tomok yang menewaskan Amir Floor 88 dan sebagai tanda penghargaan, para pemenang dianugerahkan piala khas Grandstand Suria dan cenderahati barangan esklusif Suria FM seperti Jersey Suria edisi terbaru bersempena Suria 15 tahun. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
FestStar Influencer by Puterabell Saji Hiburan Keluarga – Makan Serta Konsert Percuma
-
PMNI Lahirkan Pendakwah Bertanggungjawab Bukannya Jadi Selebriti – Seimbang Ilmu Dunia Akhirat
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran