KUALA LUMPUR: VIU Malaysia mencipta kelainan tersendiri apabila menganjurkan majlis perkahwinan mewah bagi melancarkan drama Viu Original Malaysia keempat berjudul Ijab Kabut baru-baru ini.
Sesisi dewan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur terkejut apabila sepasang pengantin dengan paluan kompang serta diiringi dua rombongan keluarga dibawa masuk ke dewan.
Pasangan mempelai itu memenangi peraduan media sosial #KisahIjabKabutKu anjuran Viu dan Reka Teemor yang menawarkan hadiah pakej majlis perkahwinan bernilai RM350,000 termasuk persalinan pereka fesyen terkenal Amazé.
Bagi pasangan suami isteri Mohamad Syafiq Khor Mohd Kamal Khor, 27 dan Farah Nadhirah Muhammad Khairun, 28, yang bernikah pada tahun 2020 kemenangan itu ibarat mimpi jadi nyata selepas berdepan suasana pandemik, majlis pernikahan yang hanya dilakukan secara kecil-kecilan akhirnya diraikan dengan penuh eksklusif.

Sementara itu, mengenai Ijab Kabut yang menemui penonton setiap Khamis, membaris pelakon seperti Azira Shafinaz, Fadlan Hazim dan Iedil Dzuhrie Alaudin.
Pengurus Viu Malaysia Kingsley Warner berkata Ijab Kabut menampilkan sudut cerita yang menghiburkan menggambarkan kisah para pengantin yang terlampau mengikuti kehendak mereka bagi merancang perkahwinan impian mereka.
“Saya percaya Viu-ers kami akan terhibur dengan kisah terbaru ini, terutamanya mereka yang pernah mengalami proses perancangan perkahwinan sebelum ini. Mereka akan dapat menghayati kisah Ijab Kabut, kerana drama ini menerokai betapa kabutnya bulan-bulan sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung,” katanya.
Drama Viu Original ini diarahkan oleh Faliq Sharif, pengarah baru berbakat, dengan karya terbarunya pada tahun ini, Lockdown Love. Ijab Kabut ditulis oleh kumpulan penulis diketuai Mamu Vies yang terkenal dengan siri drama Love in Lockdown dan Sihir pada tahun 2021.
Viu-ers dapat menonton siri Ijab Kabut dan mengikut kisah bakal pengantin ini dalam cubaan mendapat majlis perkahwinan sempurnanya di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Galeri Aplikasi Huawei dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual