KUALA LUMPUR: Baru-baru ini lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung menjamu selera di ibu kota, Tapak Urban Street Dining KL berubah menjadi pentas peragaan apabila pusat beli belah terkemuka, AEON menerusi AEON Fashion Preview 2022 (AFP22) memperkenalkan empat koleksi ekslusif fesyen membabitkan pereka terkenal tempatan.
Pentas peragaan pada malam itu dimeriahkan dengan peragaan fesyen daripada model membabitkan rekaan Neonate x Guys’ Vision koleksi terkini dan moden, Scarlet Loungewear pakaian santai, Ti:Zed yang terkenal dengan pakaian untuk pasangan serta koleksi sempena Tahun Baru Cina dengan menampilkan arnab untuk sambutan 2023.
Lebih menarik koleksi kali ini turut meraikan elemen positiviti dan yakin diri bagi semua pihak dengan memilih supaya mereka bergaya untuk diri sendiri berbanding berusaha memuaskan hati orang lain.
AEON menerusi AFP22 mahu menyemai rasa yakin dalam kalangan pelanggan mereka dalam berfesyen serta dapat memilih koleksi yang selesa serta pada harga berpatutan.
Suasana pertunjukan fesyen pada malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan Orang Orang Drum Theatre, Yonnyboii serta Aruel Ariel yang menyampaikan lagu secara langsung mengiringi model memperaga fesyen.
Turut dilancarkan ialah ‘AEON tù-gether with White Rabbit’, both AEON’s SCAR dan innerCasual.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Merchandise AEON Co. (M) Bhd, Low Ngai Yuen berkata usaha itu juga bertujua mempromosikan masyarakat yang lebih inklusif dan aman damai serta meraikan semua peringkat secara sama rata serta bertanggungjawab dalam semua aspek ekosistem. – GayahIsTyping
You may also like
-
Angkara Gigitan Ziana Zain – Pontianak 200 kg Mangsa Cinta Tiga Segi
-
FYP Untuk Siapa Yang Makan Cili – Drama Band Tampil Konsert Sulung
-
Tidak Fake – Siti Jamumall Jadi Diri Sendiri
-
Suria FM Terus Jadi Pilihan – Jelajah Suria Kuasa 2 Tawan Empat Lokasi
-
Dari Pelakon Kini Penyanyi – Taiyuddin Dan Uncure Lahir Karya dan Persembahan Buat Palestine