SHAH ALAM: Mereka menjadi pasangan pengacara yang sangat disenangi, malah dalam seminggu ini gandingan Sherry Alhadad dan Elly Mazlien terus mendapat pujian.
Meskipun tampil dengan mood lebih perlahan, dua Sharifah ini memberikan momen menarik ketika mengacarakan Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9) pada konsert keempat lalu.
Mendekati Sherry, bintang ini mengakui ada gentar saat diminta menggantikan Nabil Ahmad (the yang kehilangan bapa minggu lalu) mengacarakan GV9 bersama Elly atau Kak Lina.
“Saya pernah bekerjasama dengan Kak Lina. Tapi saya gementar penerimaan penonton sebab saya tak pernah buat GV.
“Saya risau sebab kalangan penonton agak berbeza. Syukur Kak Lina banyak memudahkan tugas dan kami memang pernah bekerjasama,” katanya kepada GayahIsTyping.
Bagi Sherry, peluang yang diberikan satu platform baik baginya mencuba sesuatu yang baharu lebih-lebih lagi GV ialah antara rancangan premium di Astro.
Mengenai Kak Lina, Sherry tidak melihat sebarang masalah bekerja dengan wanita yang dianggap mempunyai tenaga sangat hebat.
“Saya selesa dan syukur kami dapat memberi dan saling membantu antara satu sama lain.
“Karakter Kak Lina sangat menarik dan dengan cara tersendiri malah betul kata dia, dalam setiap rancangan semua pihak memainkan peranan masing-masing,” katanya.
Sherry turut sempat diusik juri Datuk Ramli MS mengenai gaya dan dandanan rambutnya mirip Misha Omar.
usik Tok Ram.
Sherry berkata dia sedang sibuk dengan program realiti Pencuri Hati selain bakal turun ke set penggambaran drama episod arahan Erma Fatimah Disember nanti.
“Kalau pengacaraan, Insya-Allah selepas GV, All Together Now musim kedua bakal disiarkan,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad