April 14, 2024

Nak Jadi Penyanyi Tak Laku – Cik Piah Seronok 15 Tahun Jadi DJ

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM melahirkan rasa bersyukur apabila bidang yang diceburinya itu menjadi periuk nasi buatnya dan diterima baik ramai sehinggga ke hari ini sejak lebih sedekad lalu.

Juga dikenali sebagai Feeya Iskandar, dia berkata selama 15 tahun bidang radio menjadi sumber pendapatan utama buatnya membantu keluarga dan akan ferus berkhidmat selagi diperlukan.

“Bersama Suria FM sudah enam tahun sejak 2018 dan saya sangat gembira bertugas di sini kerana sifat kekeluargaan antara kami dan saling membantu antara satu sama lain.

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada bos saya DJ Lin atas kepercayaan yang diberi juga kepada semua pendengar Suria yang tetap setia dan terus menyokong kami semua,” katanya penyampai segmen Gaya Suria itu kepada GayahIsTyping.

Cik Piah yang lahir menerusi program realiti Anak Wayang berkata bidang radio banyak membentuk dirinya menjadi seorang yang berusaha memperbaiki mutu berkomunikasi dan up to date mengenai isu semasa.

“Nak jadi penyanyi tak laku, jadi jadilah penyampai radio, selagi orang nak dengar saya saya akan terus di udara menemani anda semua,” katanya sambil tertawa.

Cik Piah diakui antara penyampai radio yang mempunyai mutu gaya penyampaian yang baik serta kemas, dalam kalangan penyampai pada hari ini.

Sementara itu, dia turut mengakui ada menyimpan angan untuk menimang cahaya mata perempuan selepas dikurniakan tiga hero hasil perkahwinan dengan Nurashid Abd Wahab pada 2016.

“Kalau tanya nak tambah, memang ada tapi bukan sekarang kerana anak-anak sedang membesar. Kata orang kalau Allah nak beri rezeki kami tidak tolak dan kalau dapat baby girl, Alhamdulillah,” katanya tertawa.

Selain suami Nurashid, Cik Piah juga dikurniakan tiga body guard iaitu Adam Malique dan Nuh Aryyan masing-masing berusia 6 dan 5 tahun serta Muhammad Zidane, 3. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts