October 11, 2024

Masak Sendiri 340 Kg Sotong Juadah Sumbangan

KUALA LUMPUR: Sebenarnya lebih mudah bagi pasangan ini mengupah tukang masak bagi tujuan sumbangan juadah untuk sebuah masjid.

Selain mereka memang mampu, saiz hidangan yang besar iaitu 340 kilogram sotong bukan kerja mudah untuk orang biasa melakukannya.

Hakikatnya, semua itu bukan bebanan bagi pasangan pempengaruh dan usahawan, Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz atau Big Boss yang seikhlas hati memasak sendiri hidangan untuk diagihkan kepada lebih 300 jemaah di Masjid As-Syakirin Gombak, Selangor sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

Aksi pasangan berkenaan memasak yang dikongsi di TikTok

Menerusi video yang dikongsikannya di media sosial, kelihatan Aleeya dan Azri serta beberapa pembantu bertungkus-lumus menyediakan masakan.

“Sebanyak 340 kilogram sotong sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir.

“Bahkan, kami turut menyajikan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng,” celotehnya sambil sibuk menumis bahan.

Sambal sotong istimewa

Mencecah ratusan ribu tontonan, rata-rata warganet menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu berstatus jutawan.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum apabila melihat pasangan berkenaan berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari awal hingga akhir.

Bahkan, suami isteri itu turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada para asnaf dalam kariah masjid berkenaan.

Lebih menarik menurut Aleeya, segala bahan masakan dibeli menggunakan duit gift diberikan pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok dan Facebook. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts