SHAH ALAM: Malam ini bakal menyaksikan persaingan lebih menarik dan sengit baki 12 peserta Gegar Vaganza Musim ke-9.
Dalam masing-masing berusaha memberikan yang terbaik, mereka perlu mengambil serius teguran supaya mereka tidak terlalu ‘ambitious’ dan terlalu yakin.
Ketua Juri Datuk Ramli MS berkata, peserta mempunyai kekuatan masing-masing dan kemampuan mereka memang tidak perlu diragui.
“Jangan too ambitious. Ikut tahap kemampuan dan kesesuaian dalam persembahan secara langsung.
“Mereka kena faham, di studio rakaman lain, sebab kalau tak jadi boleh ulang kembali, kalau live show lain,” katanya.
Beliau mengulas mengenai prestasi peserta serta perubahan kedudukan yang ketara pada persembahan minggu kedua.
Pada masa sama, Ramli mengakui juri berdepan dengan cabaran dalam membuat penilaian kerana kekuatan peserta sangat ketara.
“Saya akui kami (juri) pening. Mereka kena faham macam mana bagus pun penilaian mereka pada tiga minit persembahan live yang diberikan,” katanya.
Hetty Koes Endang juga bersetuju dengan perkara itu dan meminta peserta peka dengan persembahan mereka.
“Mereka memang bagus tapi perlu ingat ibi pertandingan dan perlu berikan yang terbaik,” katanya.
Hetty turut berharap peserta ambil peduli dengan penampilan seperti baju serta bersuara bagi memantapkan persembahan.
Konsert minggu ketiga menyaksikan peserta terus diuji dengan genre yang berlawanan dengan mereka terutamanya Shila Amzah dan Jaclyn Victor yang bakal membawakan lagu dangdut.
Dina juga bakal tampil dengan lagu tradisional manakala Haida lagu nyanyian BBNU. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad