SUBANG JAYA: Awesome TV menjadi stesen terawal di negara ini yang memulakan kempen tayangan stesen itu pada tahun 2023 yang berlangsung pada Selasa lalu.
Tampil dengan tema Awesome TV 2023 Screening Now You See Me, stesen berkenaan optimis menjadi platform terbaik bagi mereka yang ingin mendapat impak bagi iklan yang dilaburkan.
Barisan rancangan dengan pelbagai variasi pastinya menjadi antara tarikan termasuk usaha stesen itu mencari seorang penyanyi dengan suara yang bernilai RM1 Juta.
Pengarah Urusan Awesome TV berkata Johan Ishak berkata rancangan itu bakal disiarkan tahun 2023 yang pastinya menarik lebih ramai penonton Awesome TV.
“Kita masih dalam perancangan. Ini antara tarikan 2023 untuk Awesome TV selain beberapa lagi rancangan realiti sedia ada,” katanya pada sidang media selepas majlis itu.
Dia berkata bagi tahun 2023, Awesome TV menjangkakan lebih banyak produksi mega bakal direalisasikan seperti program realiti ”MIC ON Selebriti” yang mana akan menampilkan barisan artis (bukan penyanyi) mempersembahkan bakat mereka menyanyi dan akan dilatih oleh ’Managers’ yang terdiri daripada barisan selebriti.
Dalam pada itu, ”Awesome Raja Lawak” yang kini sedang rancak bersiaran secara langsung di platform Awesome TV juga dijangka bakal menemupi peminat untuk musim yang kedua pada tahun hadapan.
’Memoria’, sebuah program ’game-show’ yang mencabar daya pemikiran dan fizikal peserta yang terdiri daripada barisan artis popular tanah air juga dijangka akan menemui peminat di musim kedua tahun hadapan.
Selain itu, program berita terbitan Awesome TV, ’Berita 757’ yang dilancarkan pada 1 Februari lalu turut mencatatkan kejayaan yang membanggakan apabila merekodkan sejumlah 90 juta tontonan.
Awesome TV sehingga hari ini telah merekodkan pencapaian cemerlang apabila menerima lebih dari 2.6 bilion jumlah tontonan.
Mengangkat empat genre kesukaan ramai iaitu sitcom, drama, filem dan program realiti, Awesome TV terus menjadi pilihan ramai dan berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai ”Stesen TV Terbaik di Malaysia”. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia