September 23, 2023

Ayda & Nabil Nikah 1 Jan 2021

KUALA LUMPUR : Pasangan popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir sepakat mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada  1 Januari 2021.

Perkara itu diumumkan menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta yang dimuat naik di saluran YouTube mereka, WuvvShow pagi ini .

Menurut Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 28, tarikh tersebut dipilih selepas berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Hasil perbincangan, saya dan Nabil akan disatukan pada 1 Januari 2021. Majlis nikah akan diadakan di sebelah pagi dan majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam. Semuanya bakal mengikut prosedur operasi standard (SOP),” kata bintang yang mula dikenali menerusi single Siapa Diriku itu.

 

Tambah Ayda yang bertunang dengan Nabil pada 28 April lalu, persiapan mereka untuk mengadakan majlis perkahwinan berjalan lancar.

“Persiapan perkahwinan sedang kami lakukan, sudah melebihi 50 peratus. Saya memohon doa semua pihak agar majlis kami berjalan seperti yang sudah dirancang, insya-Allah,” kata Ayda.

Mengulas mengenai video pengumuman yang dibuat menerusi saluran YouTube mereka itu, aktres filem Pinjamkan Hatiku itu berkata ia penghargaan buat kelompok peminatnya AJ Screamers.

” Video ini saya dan Nabil buat khas untuk peminat, terutamanya AJ Screamers yang dah lama tak berjumpa dengan kami kerana kekangan pandemik.

“Mereka juga ingin tahu perkembangan kami, jadi video ini saya umpamakan hadiah untuk mereka yang selama ini tidak pernah lelah menyokong,” katanya lagi.

Merpati dua sejoli ini berkongsi perjalanan cinta mereka menerusi video #BilAydaJatuhCinta yang bakal bersiaran selama 10 episod.

Gayah seronok dan mendoakan mereka terus raikan cinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts