November 27, 2022

KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA KUTIP RM2 JUTA

10 Hari Tayangan Di Astro First

KUALA LUMPUR: Filem Kampong
Pisang Musikal Raya Istimewa berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh 10 hari tayangan di Astro First.

Naskhah ini menarik dan menghiburkan penonton dengan jenaka serta lagu-lagu hit yang dinyanyikan sendiri oleh barisan
pelakon di dalam filem berkenaan.

Selain itu, watak Yah Kuchai yang dilakonkan oleh Afea Deanna mula menarik perhatian penonton dengan bakat dan karakter bersahajanya yang menghiburkan.

Watak Yah Kuchai telah tular menerusi babak ‘mi kari kuah laksa’ di dalam drama premium, Kampong Pisang Bersiri-Siri.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad
berkata, dalam filem ini pelbagai subjek seperti babak, karakter, lagu menjadi bualan penonton di media sosial dan berjaya membuatkan penonton terhibur.

“Secara tidak langsung membuktikan filem ini berjaya membawa penonton lari sekejap
daripada tekanan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.

“Jutaan terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton di platform Astro First. Kami harap filem ini mampu menarik lebih ramai penonton dan terus kekal di rumah bersama insan tersayang,” katanya.

Filem ini menampilkan Datuk Awie, Kaka Azraf, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler, Siti Elizad
Sharifuddin , Raja Azmi, Imuda dan ramai lagi.

Filem Mamat Khalid kan? Sentiasa menjadi. Gayah suka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts