KUALA LUMPUR: Bintang serba boleh Sherry Alhadad dikenali dengan sifat lucu dan happy go lucky.
Sukar untuk menebak, bila wanita ini bersedih kerana penampilannya yang sentiasa ceria dengan ukiran senyuman.
“Saya juga menangis. Sebenarnya saya seorang yang sangat sensitif dan mudah tersentuh hati,” katanya kepada Gayah.
Sherry berkata demikian pada sidang media sempena penampilan wajah baharu program bual bicara Mingguan Wanita yang ditayangkan di Astro Prima.
Sherry, Erra dan Siti Elizad antara gandingan baharu program itu bersama dua lagi selebriti lelaki iaitu Norman Hakim serta Radin.
Mengenai dirinya yang menjadi rebutan, Sherry berkata semua ini adalah rezeki berkat kesabarannya.
“Bukan mudah untuk saya diterima saya lalui pelbagai fasa jatuh bangun dan usaha tanpa kenal jemu.
” Saya anggap semua ini hasil kerja keras dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya.
Dia juga yakin mampu memberikan yang terbaik meskipun sebelum ini lebih mengacarakan rancangan hiburan.
Sherry tidak melihat sebarang masalah dan akan membuat persediaan rapi untuk program ini nanti.
Pengurus Saluran Astro Prima Norzeha Mohd Salleh berkata, edisi baharu program itu akan bermula pada 8 Julai, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi selama sejam.
Antara yang menarik ialah isu yang akan didebatkan oleh pengacara bersama dengan interaksi langsung penonton serta kisah dalam kain
Gayah memang respek dengan Sherry sebab naik dengan usaha sendiri bermula dari bawah. Cayalah Sherry!
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu