November 26, 2022

Tya Arifin Dedah Ibu Ditipu Ahli Politik

KUALA LUMPUR: Usahawan selebriti dan pelakon Tya Arifin berkongsi ibunya pernah ditipu seorang ahli politik sehingga mengakibatkan keluarga mereka berdepan masalah hutang.

Dia berkata, insiden yang berlaku ketika dia masih bersekolah itu sangat memberikan kesan apabila ibunya kehilangan segala harta dalam sekelip mata.

Komariah ibu kepada Tya.

“Kami hilang kereta, rumah dan tanah hasil titik peluh selepas ibu ditipu seorang ahli politik di kampung saya di Palembang, Indonesia.

“Lebih perit apabila ibu menurunkan tanda tangan pada dokumen sehingga menyebabkan ibu juga terpaksa menanggung beban hutang,” katanya.

Tya berkata, semua itu memori hitam sepanjang dirinya membesar dan melihat ibu berkorban membesarkan anak-anak dan berniaga jamu.

Foto: AZRUL RAFIE / Astro

Katanya, cerita lanjut kisah itu dikongsikannya pada program Next To Neelofa musim kedua bermula 22 Oktober ini di Astro Ria.

Selain Tya, turut menjadi tetamu antaranya Ziana Zain, Datin Lisa Surihani, Diana Amir dan ibu Neelofa sendiri Datin Noor Kartini.

Sementara itu, menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengakui gembira dan terharu apabila namanya tersenarai sebagai tetamu rancangan bual bicara berkenaan.

“Selepas dimaklumkan saya seronok dan teruja. Alhamdulillah kerana ramai yang menerima baik kehadiran seorang Tya Arifin,” katanya.

Dia turut berkongsi produk jamu Mutyara terus mendapat sambut termasuk dalam kalangan remaja.

“Saya gembira kerana ia perkembangan yang baik buat kami dan terima kasih atas sokongan yang diberikan,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts