November 26, 2022

Morning Morning Suria Belanja 1,000 Pendengar Makan 

KUALA LUMPUR: Penyampai pagi Suria FM, Morning Morning Suria (MMS) belanja lebih 1,000 pedengar stesen itu makan dalam siri jelajah di Kelantan, Terengganu dan Melaka baru-baru ini. 

Peminat bertuah berpeluang bermesra dengan tiga penyampai segemen berkenaan iaitu Ajak, Suraya dan Shuib.

Lebih menarik, MMS bukan sahaja belanja makan pagi, tetapi juga santapan tengah hari dan malam di lokasi berbeza dengan pelbagai hidangan ikonik.

 

Antara hidangan menarik termasuklah nasi dagang, asam pedas, roti canai serta masakan tradisi negeri berkenaan.

Pendengar Suria FM yang hadir juga berpeluang menangi sebahagian daripada RM5000 menerusi pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang acara berlangsung antaranya sesi soal jawab mudah selain sesi karaoke santai.

Ramai juga yang berjaya menangi barangan eksklusif Suria seperti t-shirt, beg, lanyard dan sticker kereta Suria FM. Pengunjung di Terengganu turut berpeluang berhibur dengan persembahan istimewa daripada Aiman Sidek, penyanyi yang sedang popular dengan lagu ‘Cinta Sejati’.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) ‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ ini sangat istimewa kerana buat kali pertama menampilkan Shuib, Penyampai baru Suria FM yang bertugas untuk segmen MMS.

“Kami amat berbesar hati dan bersyukur dengan sambutan hebat dari peminat Suria FM di Kelantan, Terengganu dan Melaka terhadap acara Jelajah ‘Morning Moring Suria Belanja Makan’ pada tahun ini. 

“Lebih terharu, apabila melihat para peminat dah pun tiba di lokasi beberapa jam lebih awal untuk tidak melepaskan peluang untuk makan bersama penyampai kesayangan mereka,” katanya.

Tambah DJ Lin, jualan barangan eksklusif Suria juga berjaya mencatatkan lebih RM10,000.

Siri jelajah yang sama juga akan ke utara di Pulau Pinang dan Perak bermula 28 oktober ini hingga 30 Oktober nanti. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts