January 17, 2025

Popular Senang, Tapi Untuk Kekal Payah

Dua dekad lalu, wanita ini sudah mula melalui lembaran popular apabila membuat keputusan membabitkan perniagaannya dengan industri hiburan negara.

Bukan satu atau dua, tetapi deretan acara serta program hiburan mendapat tajaan serta sokongan produk wanita besi, Datin Ira Ghani.

Masih kekal muda dan berseri.

“Alhamdulillah saya dan produk Aura Seri memang aktif bersama program hiburan ketika awal pembabitan dulu.

” Saya masih ingat dan takkan lupa jasa media arus hiburan dan artis yang banyak serta sudi bekerjasama, “ katanya kepada Gayah.

Mengimbas kembali, Ira berkata ketika itu tidak ada kuasa media sosial dan viral seperti hari ini. Apa yang penting ialah strategi yang dirangka.

Katanya, beliau sudah merasa popular dan glamor sebagai ahli perniagaan yang sentiasa berhubungan dengan artis dan selebiriti.

“Apa yang orang buat hari ni saya sudah lalu sebelum ini dan saya bersyukur menjadi pencetus revolusi perkataan ‘aura’ itu sendiri. Kalau dulu orang ingat saya bomoh bila sebut Aura, tapi kini ramai yang guna perkataan itu.

“Tapi itulah, perniagaan saya lahir sebelum wujudnya media sosial. Pengalaman yang dilalui bukannya sedikit dan saya percaya zaman sekarang kuasa viral menjadi salah satu medium untuk lariskan jualan produk masing-masing,” katanya.

Beliau menambah apa yang paling penting ialah kemampuan untuk bertahan dalam pasaran dan menambah baik diri seseorang itu.

Bersama barisan protege.

Akuinya, mudah untuk popular apatah lagi dengan kuasa viral pada hari ini. Hakikatnya ialah bagaimana untuk bertahan bukan sahaja dari aspek produk tetapi diri sendiri.

“Kalau ikutkan nak viral itu senang! Pegang batang lipstik lari tak pakai baju.

“Untuk kekal lama gunalah cara yang positif, jangan semata-mata nak viral untuk lakukan produk selepas itu hilang! Jangan ikut viral tak senonoh, nanti produk itu akan dipandang rendah oleh masyarakat,” katanya.

Bukan hanya mampu tersenyum lebar kerana produknya masih mempunyai pengikut sendiri hingga ke hari ini, Ira juga pernah membintangi beberapa drama seperti 7 Hari Mencintaiku, Kerana Anisa dan Menantu Ting Tong.

Malah, beliau juga pernah menjadi pengacara dan merakamkan lagu sepanjang bergiat aktif sebagai ahli perniagaan.

Berbekalkan pengalaman yang ditimba, Ira mengambil inisiatif untuk membangunkan usahawan baru dan memberikan latihan bersesuaian untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih efisyen dan proaktif.

Bekas hos rancangan Feminin itu, kini merupakan pakar perunding bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri Perlis.

Mesra dan merendah diri.

“Selain kemunculan semula Aura Seri, saya banyak membangunkan usahawan dari Perlis dan Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bisnes seperti kosmetik, servis, makanan dan perkhidmatan.

“Saya bertindak memberikan mereka pendedahan untuk melebarkan perniagaan dan melahirkan usahawan berjaya menerusi modul teori dan praktikal selama 5 bulan,” katanya.

Ira berkata, menerusi program itu beliau bertanggungjawab untuk memastikan 10 ‘protege’ di bawahnya dalam program Hub Incubator MARA Perlis sejak Januari lalu, kekal dan memiliki etika serta imej yang betul sebagai pengasas produk.

Aktif sebagai penceramah ilmu perniagaan.

Antara perniagaan yang terbabit ialah Tanda Cinta Surprise, Zeezza Beauty, Mys Miracle, Trendsetter Studio, Missty Quruz dan Forrvanz Rich Legacy.

Bersama suami yang menjadi sumber kekuatan.

Gayah kagum dengan usaha dan pencapaian Datin Ira dan dirinya juga sangat mesra serta contoh yang baik untuk berjaya.

Paling kekal dalam ingatan, pesan Datin Ira ialah perniagaan sentiasa ada risiko dan tanggungjawab. Kalau betul cara, pasti berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts