March 20, 2025

Perisa ‘Hari Kekasih’ – Tapping Tapir Lancar gutC Mix Berry Baharu Di Pickle Nation

Tapping Tapir, pengeluar minuman semula jadi dan sihat terkemuka di Malaysia, mengumumkan pelancaran produk terbaharu mereka, gutC perisa Wild Berry, pada 14 Februari lalu di Pickle Nation.

Tambahan baru dalam rangkaian minuman prebiotik ini menjanjikan manfaat dalam
meningkatkan imuniti dengan prebiotik dan Vitamin C.

GutC dicipta khas untuk menyokong kesihatan usus, yang merupakan asas kepada peratus imuniti badan, menjadikannya sebahagian penting dalam gaya hidup sihat.

Bersempena dengan pelancaran ini, dan sejajar dengan tema ‘Self-Love’ dan ‘Gut
Love”, acara ini akan berlangsung dalam suasana Hari Valentine di samping
mempromosikan gaya hidup sihat.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan, termasuk latihan asas pickleball, bengkel meditasi dan pernafasan, sesi rendaman ais, dan banyak lagi.

Pelancaran ini dijalankan bersama kejohanan pickleball sosial adalah untuk menekankan untuk kita meluangkan masa
untuk menjaga diri, kekal aktif dan berseronok.

Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis yang termasuklah Cik Manggis, Mark O’Dea, Luqman Hafidz, Intan Sarah dan disertai tetamu kehormat dari

Diamond & Platinum, Christy Ng serta jurulatih dari Pickle Fox.

Seutas rantai berlian juga diberikan kepada pemenang pakaian terbaik dan dua baucar RM500 daripada Diamond & Platinum untuk dua naib juara. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts