November 26, 2022

Sedekah Setiap Jumaat

KUALA LUMPUR: Tidak keterlaluan andai dikatakan Aleeya Zailan menjadi suri hati bukan sahaja buat suaminya, tetapi juga pengikutnya di laman sosial.

Bermula dengan sesi langsung memasak secara suka-suka, selebriti media sosial ini terus mencuri hati pengikutnya yang sentiasa menyokongnya termasuk perniagaan yang dijalankan.

Lebih manis kongsi wanita berusia 37 tahun ini, pengikutnya juga tidak lokek serta sering memberikan hadiah setiap kali siaran langsung di platform media sosial.

Alhamdulillah ramai yang menyokong malah kadang-kadang saya sendiri terdiam dan terharu dengan sokongan yang diberikan.

“Mereka tidak lokek memberikan hadiah kepada saya setiap kali saya live dan setiap hadiah yang diberikan itu mewakili nilai ringgit tertentu,” kongsinya.

Lantaran itu, Aleeya dan suami sepakat menggunakan hasil hadiah itu untuk disumbangkan ke saluran yang sesuai setiap kali Jumaat.

Bukan hanya kutipan hadiah berkenaan, Aleeya dan suami turut menambah dengan jumlah peribadi daripada mereka.

“Alhamdulillah saya diberikan rezeki yang murah jadi hadiah itu saya kongsikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sama saya panjangkan sedekah pengikut saya kepada pihak tertentu.

“Bagi saya, apabila menderma dan membantu mereka yang memerlukan. Itulah antara kepuasan saya dan suami dapat rasakan,” katanya yang banyak membantu anak-anak dan golongan asnaf.

Bukan sahaja membantu golongan asnaf, Aleeya dan suaminya yang dikenali sebagai Big Boss sering memperkenalkan produk-produk baharu agar ejen Avenys dapat menjana pendapatan.

“Terbaru, Avenys mengeluarkan tudung. Sebenarnya dah ramai tanya sebelum ini, bila nak keluarkan tudung. Jadi apa yang kami keluarkan adalah permintaan daripada pengguna dan ejen.

“Kami mula lancarkan pada Ramadan lalu. Kita ada empat jenis tudung iaitu Rejab, Syaaban, Ramadan dan Syawal.

“Sempena Aidiladha yang akan datang pula kami ada tudung yang diberinama Zebra, Flamingo, Leapord dan Maguro. Setiap sehelai berharga RM99.

“Dari segi rekaan, kami mempunyai pereka fesyen kami tersendiri. Bukan senang untuk kami pilih rekaan terbaik. Lebih enam bulan juga kami ambil masa untuk pilih corak.

“Kadang-kadang corak dah cantik, tapi apabila sudah keluarkan warnanya seperti lari atau berbeza dengan yang kami mahukan. Jadi kami tukar balik. Begitulah proses yang kami lakukan sehingga betul-betul puas hati dan sedap mata memandang.

“Dalam masa yang sama, Tudung Avenys mempunyai kotak tersendiri, jadi pembeli boleh merasai pengalaman buat unboxing,” jelasnya lagi yang yang sebelum ini popular produk kosmetik Avenys.

Antara yang menerima bantuan

Ditanya mengenai dunia hiburan yang sering dikaitkan dengan beberapa usahawan selebriti Aleeya ada pilihan tersendiri.

Dia memilih untuk fokus pada perniagaan yang di usahakan sahaja dan tidak minat bidang berkaitan hiburan.

“Kalau ada usahawan lain muncul dengan lagu dan meraih publisiti dalam media sosial, bagi saya itu hak masing-masing. Semua orang ada sebab apabila melakukan sesuatu.

“Saya hanya fikir untuk bisnes sahaja. Saya bukan fokus untuk jadi selebriti seperti jadi penyanyi.

“Macam sekarang pun, kami dapat banyak tawaran untuk menaja acara hiburan. Duit yang dapat ni, banyak kepada derma yang memerlukan dan tidak kepada hiburan.

“Saya harap tudung ini akan membantu lagi para ejen untuk menjana pendapatan. Itulah antara matlamat kami,” ujarnya lagi.

Aleeya dan suami sepakat untuk terus dengan usaha melebarkan empayar perniagaan dari mencuba bidang lain ketika ini.

“Biar jenama atau bisnes kami yang ke depan, bukannya diri kami,” kata pasangan sejoli yang mesra dan tidak lekang dengan senyuman ini. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts