Pernikahan kali kedua pada 2021 akhirnya terlerai apabila penyanyi Datuk Nora Ariffin hari ini berkongsi dia diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video dikongsi penyanyi lagu Dend Dalam Diam itu di akaun Instagram miliknya.
“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.
Perkongsian itu mendapat lebih 2,000 tanda suka namun ruangan komen ditutup.
“Alhamdulillah. Selesai. Allah saja yang tahu,” tulisnya ringkas dalam hantaran itu.
Terdahulu, spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.
Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021. Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.
Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. – GayahIsTyping
You may also like
-
Angkara Gigitan Ziana Zain – Pontianak 200 kg Mangsa Cinta Tiga Segi
-
FYP Untuk Siapa Yang Makan Cili – Drama Band Tampil Konsert Sulung
-
Tidak Fake – Siti Jamumall Jadi Diri Sendiri
-
Suria FM Terus Jadi Pilihan – Jelajah Suria Kuasa 2 Tawan Empat Lokasi
-
Dedah Kisah Untold Story – Wajib Tonton Teater Dang Anum Versi The Redholah