Rebiu Gayah: Beberapa minggu sudah berlalu, masih ada yang bercakap mengenai konsert Soul Sisters yang berlangsung di Istana Budaya.
Jujur, belum berada di tahap sempurna, namun Siti Sarah, Misha Omar dan Noryn Aziz memberikan justifikasi terbaik pemilihan mereka dalam konsert itu.
Jelas semangat setia kawan kental pada tiga wanita hebat yang tampil dengan kelas tersendiri di setiap malam konsert itu.
Pemilihan lagu yang baik dan perjalanan yang santai memberikan aura selesa dalam kalangan penonton.
Hakikatnya, bukan mudah mengumpul tiga penyanyi yang kuat dengan signatur sendiri menjadi satu pasukan vokal harmoni.
Muzik di bawah seliaan Datuk Nasir Abu Kassim dan orang kuat berpengalaman luas Jennifer Thompson cemerlang.
Semangat the show must go on antara mantera mereka yang terbabit dalam konsert ini dan ternyata menjadi pemangkin semangat buat mereka.
Tahniah buat Abg Edd yang mengimpikan persembahan ini serta menjadikan realiti termasuk menggamit kenangan kumpulan Feminin.
Gayah berbisik dalam hati, kita ada calon mengisi ruang kosong yang ditinggalkan Allahyarham Sudirman dan Kak Nita.
Hampir pasti, sedikit sahaja lagi.
Sarah, Misha dan Noryn, kalau ada terdengar suara nakal itu dan ini, abaikan sahaja.
Jeling tajam, senyum dan berlalu pergi. Tahniah, tiga diva legit dalam pembikinan!
Gayah memang akan kenang konsert ini sepanjang hayat. Terima kasih Tasha!
You may also like
-
Angkara Gigitan Ziana Zain – Pontianak 200 kg Mangsa Cinta Tiga Segi
-
FYP Untuk Siapa Yang Makan Cili – Drama Band Tampil Konsert Sulung
-
Suria FM Terus Jadi Pilihan – Jelajah Suria Kuasa 2 Tawan Empat Lokasi
-
Dedah Kisah Untold Story – Wajib Tonton Teater Dang Anum Versi The Redholah
-
Dari Pelakon Kini Penyanyi – Taiyuddin Dan Uncure Lahir Karya dan Persembahan Buat Palestine