PETALING JAYA: Bakat baharu Aliff Iskandar mengakui perasaannya bercampur baur sebaik lagu ciptaanya Bahagiakan Dia berjaya berada dalam senarai 30 lagi lagu terbaik yang melangkah ke peringkat Semi Final Muzik-Muzik 37 (SFMM37).
Bakal guru itu berkata, dia berterima kasih kepada semua pengundi dan penyanyi lagu berkenaan iaitu Liza Hanim dan Shila Amzah.
“Pastinya terima kasih kepada Liza dan Shila yang sudi menyanyikan lagu saya sehingga mampu melangkah sejauh ini.
“Bagi saya ia satu pencapaian yang sangat besar dan bermakna lebih-lebih lagi bagi budak baru seperti saya,” katanya merendah diri.
Aliff, 22, juga mengakui semakin bersemangat berkarya sekaligus melahirkan karya terbaik untuk industri muzik tempatan.
Pada masa sama, dia juga bersedia untuk bekerjasama dengan penanyi yang sudi menyanyikan lagu karyanya.
“Saya sentiasa bersedia kalau ada yang sudi, mengapa tidak. Saya juga akan berusaha memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa.
“Saya juga tetap mengatur kerjaya saya sebagai penyanyi menerusi single baharu akan datang,” katanya.
Mengenai harapannya, Aliff tidak menafikan menyimpan angan agar Bahagiakan Dia melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu 37.
“Seperti yang bertanding semua pastinya mengharapkan pentas AJL begitu juga saya. Saya serahkan kepercayaan sepenuhnya kepada dua penyanyi hebat yang akan membawakan lagu ini nanti,” katanya.
Bahagiakan Dia ciptaan Aliff dan lirik pula hasil tulisan Aliff sendiri bersama Que Afiq turut dijadikan runut bunyi untuk drama Cinta Hilang Kata.
SFMM37 bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad