September 30, 2023

Artis Awal Muzik Harap Sokongan Media

KELANA JAYA: Di saat sesetengah bakat baharu atau jolokan Budak Budak Baru Nak Up (BBNU) yakin mampu membina nama dengan media sosial masing-masing, kelompok artis Awal Muzik Entertainment berpendapat sebaliknya.

Kesemua mereka masih percaya dan berharap mendapat sokongan media dalam usaha membina tapak dalam radar industri seni meskipun ada yang mempunyai pengikut mencecah jutaan orang di laman seperti Tik Tok.

Awal Muzik yang diterajui Saidin Noordin atau Knight Cydeen mengingatkan barisan artisnya supaya menghargai peranan media dalam membina kerjaya seni mereka.

Barisan Artis Awal Muzik Entertainment

“Ramai macam mana pun pengikut tapi kalau tiada liputan media seorang artis itu takkan ke mana.

“Media sosial penting sebagai elemen sokongan tapi media menjadi penyokong utama bagi seorang artis itu,” katanya.

Ditubuhkan pada Mac 2019, Awal Muzik memulakan langkah dengan artis sulung
mereka iaitu Heedan Mohd dengan lagu beliau “Yang Terakhir”.

Dalam mengorak langkah dalam bidang seni ini Heedan muncul menjadi pemenang I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 episod 11.

Syameer Azmi pula merupakan pendatang baru yang menjadi sensasi di sosial media
kerana lagu Alah Kantoi beliau “trending” di media sosial Malaysia dan termasuk “global trending”.

Dengan kuasa viral hasil daripada “content” beliau di tiktok yang meraih jutaan tontonan dan mempunyai 1.1 Juta pengikut di tiktok. Manakala muzik video beliau meraih hampir 500 ribu tontonan di YouTube.

Danial Kifli, bakat baru yang menjadi sensasi di YouTube dengan single
pertama berjudul Permata Istimewa.

Dia seorang YouTuber yang menjadi tumpuan setiap peringkat umur sehingga ke negara jiran kita iaitu Indonesia
kerana “content prank” suara sumbang beliau mencecah jutaan tontonan di YouTube.

Bakat lain seperti Zul Hadi yang menjadi viral kerana mempunyai suara persis Charlie penyanyi Indonesia mencuri tumpuan netizen.

Ilham Fitri pula mempunyai kekuatan vokal yang menyerlah dengan cara tersendiri.

Kemunculan bakat muda seperti Dania Hatta yang berumur 16 tahun dengan kekuatan menjiwai setiap lagu
yang dibawa.

Khairi Afieq juga merupakan bakat baru yang baru sahaja menghabiskan
SPM.

Aiman Rayn merupakan seorang yang lebih kepada genre hiphop dan mempunyai keunikkan tersendiri.

Sempena Syawal kali ini, Awal Muzik tampil lagi dengan dua lagu raya baru yang bertajuk Raya Dah Tiba (Syameer azmi, Heedan Mohd & Danial Kifli) dan Gembira Di Hari Raya (Ilham Fitri & Dania Hatta).- GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts