PUTRAJAYA : Adibah Noor memberitahu, kesemua peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) mempunyai ikatan yang disifatkan sangat istimewa.
Pelantun lagu Terlalu Istimewa itu berkata, kesemua peserta GV8 bagaikan sebuah keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain meskipun hakikatnya ia sebuah pertandingan.
“Kami semua adik beradik yang saling sokong antara satu sama lain dan bila ada yang tersingkir anda nampak kami sedih, ia perasaan yang sebenar. Bukan dibuat-buat,” katanya.
Dia yang melangkah ke separuh akhir GV8
menyifatkan persahabatan mereka begitu akrab tanpa sebarang perselisihan faham.
“Saya sangat bersyukur dengan peserta GV8 kerana biarpun adat pertandingan dan fokus pada lagu masing-masing tetapi disebaliknya kami seperti adik-beradik.
“Ini bukan cliche, anda patut lihat gelagat kami di bilik persalinan. Memang asyik bergurau senda, kecoh memang satu ukhwah seperti sebuah silaturrahim yang sangat menakjubkan,” katanya.
Kumpulan SaYa turut senada dengan Adibah kala ditanya hal yang dirindui mereka selepas perjuangan dalam GV8 bernoktah minggu lalu.
Menurut Sa.Ya, umum tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai rutin yang tersendiri . Antaranya, mereka akan menunggu dan makan bersama-sama setiap kali bertemu.
“Kami tak pasti musim-musim sebelum ini macam mana tapi apa yang kami dapat maklumbalas ini adalah keluarga GV yang terbaik, siap duduk makan bersama-sama, tidak berpuak-puak.
“Alhamdulillah. Itulah yang akan kami rindui sebab rutin itu sendiri sebagai contoh bila kami dah sampai, kami akan tunggu siapa lagi belum sampai. Itulah bonding di antara kami,” dedah SaYa yang dianggotai Saiful Apek dan Yassin.
Azan Scan yang secara kebetulan berada di bilik sidang media turut mencelah seraya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh SaYa itu.
“Ya, saya setuju, betul itu, ” balas Azan ringkas.
Sementara itu, Adibah turut ditanya adakah sebarang kejadian mistik sepanjang perjalanan GV8 berikutan ia pernah dikaitkan dalam kejadian musim-musim sebelum ini.
Dia menyambut pertanyaan itu dengan ketawa besar.
“Mistik tidak ada yang ada ialah mistake,” katanya tertawa. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia