September 30, 2023

Mitsui Fasa 3: Lebih Fun dan Fabulous

SEPANG: Bermula 24 April lalu, Fasa 3 Mitsui Outlet Park KLIA (MOP KLIA) dibuka kepada orang ramai dengan pengalaman beli belah yang lebih Fun & Fabulous. 

MFMA Development Sdn Bhd, usaha sama antara Mitsui Fudosan Co. Ltd (Mitsui Fudosan) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports), menamapilkan fasa 3 Mitsui dengan zon sukan paling bergaya serta pelbagai pilihan kelengkapan kediaman dan kehidupan kontemporari.

Fasa 3 dengan keluasan lantai kasar berukuran 82,885 kaki persegi menempatkan dua kedai baharu – ‘OBJET’ dan ‘COURTS’ serta kedai konsep baharu oleh adidas, Nike dan PUMA.

OBJET menawarkan pelbagai barangan dan produk yang direka untuk melengkapkan setiap ruang kediaman, dari dapur ke ruang makan dan ruang tamu ke bilik tidur dan bilik mandi. OBJET di MOP KLIA ialah outlet pertama seumpamanya di Malaysia.

Sementara itu Courts Malaysia, peruncit elektronik dan perabot di Malaysia menawarkan pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan dengan ruang pameran dan jualan mesra pengguna yang menawarkan pelbagai pilihan daripada produk elektrik, IT, perabot dan peralatan tempat tidur.

Menjadi kebanggaan MOP KLIA apabila kedai konsep adidas Factory Outlet yang baharu dibuka ini merupakan cawangan outlet terbesar di Asia Tenggara yang menawarkan konsep outlet premium dengan membawakan produk bertaraf tinggi merentasi pelbagai kategori sukan.

Zon Kanak-Kanak

Sementara itu kedai konsep PUMA pula merupakan outlet besar yang pertama bagi jenama ini. Ini merupakan sebuah lagi kedai sukan menarik yang boleh dinantikan oleh pembeli, yang juga merupakan kedai terbesar di Asia Tenggara.

Turut berada dalam zon sukan Fasa 3 ialah kedai konsep Nike yang pertama iaitu Nike Unite KLIA. Kedai ini mencerminkan hati dan jiwa masyarakat – meraikan kebanggaan tempatan daripada mercu tanda kepada atlet tanah air. Kedai ini ialah gelanggang di negara sendiri yang mendekatkan pembeli kepada sukan.

Boleh check-out sendiri. Beli dan bayar! 

Bersempena dengan pembukaan rasmi Fasa 3, MOP KLIA akan menghadiahkan Toyota Rush kepada seorang pemenang bertuah melalui peraduan.

Timbalan Pengarah Urusan MFMA TJ Cheah berkata pelancaran Fasa 3 adalah tepat pada masanya untuk mengalu-alukan peningkatan trafik pengunjung di pusat beli-belah itu.

“MOP KLIA semakin popular sebagai destinasi membeli-belah untuk barangan berjenama dan pusat beli-belah ini telah menyaksikan peningkatan yang besar bagi bilangan pengunjung dalam kedai-kedainya sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

MOP KLIA juga turut meningkatkan kapasiti tempat letak keretanya untuk memenuhi peningkatan trafik masuk ke pusat beli-belah itu.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran, promosi dan acara yang akan datang di MOP KLIA, sila layari www.mitsuioutletparkklia.com.my atau www.facebook.com/MOPKLIA. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts