October 11, 2024

Mas Idayu Mengaku Sedang Bercinta

SUNGAI BULOH: Penyanyi yang mesra disapa Mummy, Mas Idayu mengakui dirinya sedang bercinta dengan seorang lelaki pengiat industri seni.

Pelantun lagu Cintaku 100% itu mengukir senyum manis saat ditanya mengenai khabar hatinya kini sudah dimiliki.

“Selama hampir lebih 15 tahun hidup sendiri, saya terkejut dan tidak menyangka akhirnya hati terbuka untuk mengenali seseorang.

“Perasaannya ibarat ketika mengenali lelaki pada zaman anak dara. Rasa menggigil untuk jawab soalan ini,” katanya ketika ditemui pada sesi program Mic On yang disiarkan di Awesome TV di sini.

Mas Idayu, bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi mengenai identiti lelaki yang sedang dikenali, sebaliknya akan berkongsi apabila tiba waktu sesuai.

Mas Idayu dan Datuk Awie juri tetap program Mic On di Awesome TV.

“Selama ini, sebenarnya saya tutup pintu hati untuk menerima pasangan baru meski banyak lelaki yang cuba mendekati.

“Pernah juga ada lelaki muda yang cuba untuk rapat, namun sekiranya saya okey, anak pula sebaliknya.

“Sebenarnya, saya selalu berdoa agar dibukakan rezeki sebab bagi saya, sudah tiba masanya untuk berteman,” katanya.

Dia yang juga juri dalam program realiti berkenaan berkata, tidak menyangka bahawa doa yang dipohon akhirnya dipertemukan dengan seseorang yang bekerja dalam industri.

“Saya tak sangka dia hadir dalam hidup, walhal sebelum ini kami pernah beberapa kali bekerjasama.

“Tahun lalu ada orang yang usik saya dengannya, tapi kami mula rapat tahun ini. Apa yang boleh katakan, dia bukanlah dalam kalangan selebriti.

“Kami juga sudah keluar berjumpa empat kali dan setakat ini hubungan berjalan dengan baik. Cuma apa yang minta doakan agar yang baik-baik saja daripada semua, Insha-Allah,” katanya.

Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aman Gaseka dan bercerai sekitar tahun 2006.

Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah yang kini sudah berusia 25 tahun. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts