KUALA LUMPUR: Meskipun sudah kembali sihat dan bebas dari Covid-19, Radin Amir Affendi memilih untuk lebih berhati-hati.
Dia berkata, akan sentiasa melakukan pemantauan kendiri terhadap perkembangan kesihatan pasca penyakit yang dialaminya pada 22 Februari lalu.
“Syukur juga semua itu sudah berakhir dan saya sudah kembali bertugas seperti biasa,” katanya kepada Gayah.
Radin, 31, bersyukur kerana tidak berdepan dengan situasi getir seperti yang di bayangkannya kala diserang penyakit itu.
“Alhamdulillah dengan izin Allah saya baik-baik sahaja dan tidak melalui kesan yang teruk. Saya juga bersyukur sudah lengkap vaksin termasuk booster,” katanya.
Dalam perkembangan lain, jejaka berbakat besar ini masih bertugas di ruang udara era setiap petang.
“Saya juga kini bergandingan dengan DJ Naz Gegar untuk YouTube kami Ketuk Pintu yang sudah bersiaran episod pertama menampilkan pasangan suami isteri Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.
“Saya juga akan sibuk dengan penggambaran program puasa dan raya selain tugas sampingan sebagai pengacara majlis,” katanya.
Masih aktif dengan perniagaan perkhidmatan kurier, Radin juga bakal menceburkan diri dalam bidang perubatan dengan membuka sebuah francais klinik di Bukit Raja, Klang.
“Saya sibuk dengan persiapan untuk buka Mega Klinik Zahran dan belajar selok belok perniagaan baharu ini,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia