January 23, 2025

Khai Bahar Penuhi Kredibiliti Penyanyi Pelapis

PETALING JAYA: Khai Bahar membuktikan dia antara yang terbaik bagi mengisi nama sebagai pelapis barisan penyanyi lelaki terbaik negara.

SelepasĀ  besar negara seperti Datuk Jamal Abdillah, Anuar Zain dan Hafiz Suip yang diakui antara penyanyi lelaki hebat negara, anak kelahiran Perlis itu layak menjadi antara pelapis kepada mereka.

Konsert Nafas Cinta Khai Bahar yang berlangsung di PJ Pac bulan lalu, antara resume terbaik Khai menampilkan kemampuannya sebagai penyanyi dengan mutu vokal yang baik.

Khai ketika ditemui mengakui dia gembira dengan perjalanan konsert kali ini dan berjaya mengatasi perasaan gemuruh yang sering dialami sebelum ini.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya memang berazam memberikan yang terbaik pada konsert kali ini.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua peminat sejak tiket mula dijual sehingga ke malam konsert. Anda semua sangat baik dengan saya,” katanya.

Lebih dari itu, Khai bertuah kerana mempunyai sekumpulan soldadu penggemarnya yang setia menyokong tanpa berbelah bahagia kepada penyanyi itu, di atas jenama Khai Bahar Empire.

Berbicara lanjut, penyanyi yang popular menerusi lagu Bayang berkata, dia turut mementingkan soal kesihatan termasuk memastikan dia menjaga stamina dengan bersenam.

“Saya juga memastikan saya menjaga tidur dan makan serta tidak mendedahkan diri kepada risiko penyakit.

“Kalau selama ini bahagian nyanyian tertentu masih ada kekurangan termasuk nada tinggi, kini saya cuba mengimbanginya dan sentiasa pesan pada diri untuk jadi lebih baik,” katanya.

Pada konsert fizikal yang dihadiri 300 penonton dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Khai turut memperdengarkan single duet baharu bersama Adira berjudul Pejam.

Khai turut berduet bersama Aina Abdul menerusi lagu Nafas Cinta pada konsert berkenaan seterusnya me lengkap kan 17 lagu yang dinyanyikannya.

Dia juga semakin bijak berinteraksi dan melayan penonton serta berjaya menghidupkan suasana sepanjang konsert.

Ini pastinya antara hikmah, selepas hajat Khai untuk membuat konsert di pentas sebelum ini tidak kesampaian – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts