KUALA LUMPUR: Selepas mencipta gemilang menerusi single Eh, Zizi Kirana kembali menerusi buah tangan terbaharu berjudul Pijak.
Kongsinya, ada gementar bersarang di hati kerana ia kemunculan kali pertama dirinya sebagai penyanyi rap berhijab.
Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, akui bimbang dengan penerimaan khalayak terhadap penampilan baharunya.
“Maklumlah, imej saya dah tak sama macam dulu. Apatah lagi kini saya sudah berstatus isteri orang.
“Banyak benda dah berubah dan saya sedar akan cabaran yang perlu diharungi tatkala memutuskan untuk tampil dengan karya ini,” luahnya ketika sidang media maya yang berlangsung baru-baru ini.
Di sebalik itu, Zizi turut melahirkan rasa syukur dan bersemangat apabila orang terdekat memberikan kata-kata positif, seraya meredakan rasa gusarnya.
“Semasa menjayakan rakaman video muzik lagu ini, saya berhati-hati dalam setiap gerak-geri agar tidak selincah dahulu biarpun rentaknya rancak.
“Ironinya, ia secara tidak langsung mewujudkan keunikan tersendiri dek tarian sopan yang dipersembahkan, sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan pergerakan ditarikan oleh Zizi Kirana yang lama,” kongsinya sambil tertawa.
Pijak ialah karya bersama Zizi, Navigator dan Mambang, kesinambungan dari lagu Eh yang popular sebelum ini.
“Pendek kata lagu ini menggambarkan sikap seseorang yang suka pijak kepala. Ini antara carauntuk saya sampaikan nasihat. Bukan nasihat untuk orang saja, tapi untuk saya sendiri supayatidak ambil kesempatan atas orang lain.
“Jadi kita saling menasihati antara satu sama lain dan sebab itulah ada kesinambungan antaralagu Eh dan lagu Pijak ini,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia