KUALA LUMPUR : Wanita ini sudah menoktahkan kisah sedihnya setelah empat tahun berjuang melawan rasa galau dan kemelut rumah tangga dalam hidupnya.
Kongsi Diva Ziana Zain, dia memilih untuk memadam rasa sedih dalam dirinya dan hanya mahu bersyukur dan mengenang rahmat Allah.
Namun, demi single duet Waktu bersama Hasif Upin pelantun lagu Putus Terpaksa ini berdoa pada Tuhan untuk membantunya diberikan perasaan sakit.
“Saya sudah lama lupakan rasa sakit, saya minta pada Allah bantulah saya dapat perasaan sakit bagi saya bekerja dan menyampaikan lagu Waktu.
“Waktu sebuah karya yang memerlukan saya menyampaikannya dengan emosi pelbagai iaitu sakit, marah dan kecewa,” katanya.
Jaguh Voice of Asia Kazakhstan pada 1995 ini menambah, dirinya bersyukur selepas 15 tahun, Allah permudahkan single barunya bersama bakat besar Hasif.
Akuinya, dia memang seorang yang cerewet dalam memilih lagu untuk disampaikan dan memastikan ia sebuah karya yang baik.
“Waktu cukup semuanya dan saya suka dengan karya yang ada identiti Melayu dengan sentuhan bunyi segar dan moden.
“Saya kena cerewet kerana peminat tahu Ziana Zain pasti akan ada lagu hit setiap kali melahirkan album dan itu faktor yang sangat penting,” katanya.
Mengenai duet dengan bakat baru, Ziana memuji kebolehan Hasif dan terbuka memberi peluang kepada pemuda itu menggorak langkah dalam industri.
Bagi bintang filem Maria Mariana ini, dirinya juga pernah menjadi orang baru satu ketika dulu dan diberikan peluang oleh senior ketika itu untuk bergandingan dengannya.
“Tidak salah saya juga melakukan hal yang sama. Hasif juga bagus dan berusaha untuk memberikan yang terbaik,” katanya.
Pada masa sama ibu tunggal kepada empat cahaya mata ini juga mengakui masih mencari lagu yang sesuai untuk single solonya.
Dia terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa saja komposer yang sudi seperti mana lagu Waktu yang dihasilkan oleh bakat muda iaitu Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan Joh Jeeves.
Lagu itu hasil usahasama Ziana dan Armani Entertainment iaitu syarikat pengurusan Hasif. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia