PUTRAJAYA : Pasti ramai masih teringat momen Aliff Aziz membuat persembahan ketika mendendangkan lagu Afgan berjudul Pesan Cinta pada konsert mingguan Gegar Vaganza musim kelapan Ahad lalu.
Alif begitu mesra dengan seorang daripada penari termasuk memeluk wanita itu yang juga isterinya Bella Astillah dan mendapat tepukan gemuruh.
“Kalau nak tahu Bella memang penari sejak dibangku sekolah jadi bila timbul idea ajak dia bersama saya di pentas tidak susah pujuk,” katanya.
Aliff berkata isterinya yang juga seorang pelakon itu mengambil masa dua hari untuk berlatih bagi persembahan berkenaan.
Akui penyanyi Sayang Sayang itu juga mengakui teruja kerana ia kali pertama mereka bergandingan di pentas.
“Memang seronok dan kami memang menikmati momen di atas pentas sebab itu saya tersenyum saja,” katanya.
Mengenai persembahannya yang menerima pujia juri jemputan Datuk M Nasir, Aliff berkata ia satu penghargaan dan kami ambil nasihat yang diberikan.
Dilihat antara peserta konsisten dan mampu memenangi pertandingan GV8, penyanyi berasal dari Kota Singa itu menganggap ia sebuah perjalanan yang begitu cepat.
Bagi Aliff, berada dalam GV8 ialah satu pengalaman berharga dan membuatkan dia lebih mengenali diri dan bakatnya.
“Paling berharga bila Datuk Ramli MS banyak memberi ilmu dan tunjuk ajar apa yang sepatutnya kami lakukan,” katanya.
Ramli ketika ditemui berkata peserta GV8 ada mempamerkan peningkatan dan masing-masing memberikan persaingan.
Beliau berkata, penonton sendiri boleh menilai siapa yang bakal tersingkir berdasarkan persembahan mingguan mereka.
Nikki Palikat menerusi lagu Rindu dendangan asal Hetty Koes Endang unggul di tempat pertama dan Bandi disingkirkan pada konsert kali ini apabila mendapat markah terendah. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad