KALA LUMPUR: Buat kali pertama dua diva daripada Indonesia Kris Dayanti dan Noryn Aziz (Malaysia) bakal berkongsi pentas.
Mereka bakal beraksi dalam konsert Kris Dayanti & Noryn Aziz : Duo Live In Malaysia anjuran Aci Media dan Asia Momentum Media (AMM).
Konsert duo yang hebat ini akan berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 29 Oktober (Sabtu).
Kedua-dua diva yang memenangi pelbagai anugerah ini telah berada dalam industri muzik selama beberapa dekad.
Kris Dayanti memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1984 manakala Noryn Aziz memulakan kerjayanya pada tahun 1996. Oleh itu, ini pastinya merupakan kerjasama legenda ‘cross-country’!
“Konsert ini merupakan ‘customize concert’. Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula Diva kesayangan ramai di Malaysia.
Kami percayaa bahawa kolaborasi dua diva ini akan mengegarkan pentas dan pastinya ada kejutan-kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti.
“Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan dua Diva ini beraksi di sebuah pentas,” ujar Belvas Lee mewakili Aco Media dan Asia Momentum Media (AMM).
Lee berkata lebih istimewa, Kris penyanyi akhirnya bakal mengadakan konsert semula di Malaysia selepas lima tahun tidak muncul bertemu peminat di Kuala Lumpur khususnya.
Diva yang terkenal dengan hits, ‘Menghitung Hari’ mula menyanyi pada usia sembilan tahun untuk filem ‘Megaloman’. Lagu-lagu hebat Kris Dayanti dan persembahan langsung yang dinamik telah menjadikannya terkenal di Indonesia dan di seluruh dunia.
Manakala bagi Noryn, ini antara persembahan berskala besar baginya yang memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1996 sebagai ahli kumpulan Sister-Sister dan kemudian menjadi penyanyi solo pada tahun 1997 menerusi album solo pertamanya, ‘Fantasi O Realiti’.
Dalam konsert ini, mereka berdua akan mempersembahkan lagu hits mereka seperti ‘Menghitung Hari’ oleh Kris Dayanti dan ‘Cerita Cinta’ oleh Noryn Aziz. Peminat juga boleh menjangkakan beberapa duet yang mengejutkan daripada duo yang hebat dengan vokal bertenaga ini.
Harga tiket ialah bermula dari RM288 hinga RM1,188 dan boleh dibeli menerusi https://www.ticket2u.com.my/. – GayahIsTyping